• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Pak Din? Si Pengawal Keselamatan ‘Trending’ Di Twitter?

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua. Peribahasa yang tepat menggambarkan kisah Pak Din, seorang pengawal keselamatan yang secara tiba-tiba menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter selepas meninggal dunia semalam.

Hingga ke hari ini, beribu-ribu ciapan membanjiri laman sosial tersebut dengan rata-rata menzahirkan  ucapan takziah, rasa sedih selain mengimbas kenangan bersama Pak Din – nama sebenar Kamarudin Basri.

Pak Din, 67, yang telah bertugas hampir 20 tahun di Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas (CBN) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semalam kerana komplikasi kesihatan akibat masalah jantung dan leukemia.

Anaknya Zulzailiza Kamarudin, 36, berkata beliau tidak menyangka kematian ayahnya menjadi satu topik dalam kalangan netizen, terutamanya bekas pelajar sekolah dan anggota keluarga mereka yang berkongsi  berbagai-bagai kisah mengenai sikap prihatin ayahnya sepanjang bertugas di sekolah itu.

“Saya memang tak sangka benda ni boleh jadi besar (viral),” katanya kepada Bernama.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan CBN, Rosemand A. Lawrence pula berkata kehilangan Pak Din benar-benar dirasai oleh semua warga sekolah termasuk guru dan pelajar.

“Kami merasakan kehilangannya. Pelajar (perempuan) amat menyayangi beliau. Kepergiannya satu kehilangan besar kepada sekolah ini,” katanya.

Guru Bahasa Melayu di SMKCBN Nor Aini Mohd Hol, 57, pula menyifatkan Pak Din sebagai hero CBN kerana beliau bukan sahaja pengawal keselamatan yang cukup dipercayai oleh ibu bapa tetapi turut disayangi guru dan murid kerana kemuliaan hatinya.

“Warga CBN memang mengharapkan kehadiran Pak Din setiap hari mengawal lalu lintas sepanjang  Jalan Bukit Nanas, malah Pak Din juga membantu membaiki kerosakan, menggantung bendera, membaiki kereta yang sukar dihidupkan atau tayar pancit, dan sebagainya,” katanya.

Bekas pelajar, Shaza Mhd Husam Eddin Al Muzayen, 24, mengimbau kenangan sepanjang mengenali Pak Din selama lima tahun bersekolah di situ dari 2008 hingga 2012, dan menyifatkan Pak Din sebagai insan yang murah dengan senyuman.

Katanya, Pak Din cukup terkenal dengan tiupan wiselnya yang amat nyaring dan kadang-kala meniup wisel hanya kerana hendak bergurau dan membuat pelajar serta guru terkejut, dan kemudiannya ketawa.

Tags: Kamarudin Basripengawal keselamatantrendingTwitter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd