• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Masing-Masing Terpaksa Jilat Ludah Sendiri”

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – “Saya gembira sungguh kerana akhirnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah lebih baik,” kata bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli Parlimen Pontian itu mengakui Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat terutama daripada pembangkang ketika GST diperkenalkan.

“Kebenaran yang saya perkatakan mengenai GST akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kajian semula dilakukan terhadap GST.

“Masing-masing terpaksa menjilat ludah sendiri. Ada banyak kemaafan dipohon dan saya dengan bermurah hati memaafkan. Saya tahu fakta saya diputar belit sehingga rakyat tidak mendapat penjelasan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Burasak Abah Pekan Nanas di sini hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut menyatakan komitmen untuk membantu jentera pilihan raya BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Katanya, lokasi Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Pontian hanya bersebelahan dan tidak sukar untuk beliau membantu gerak kerja pilihan raya.

“Parlimen lain yang berjiran dengan Parlimen Pontian seperti Simpang Renggam, Batu Pahat, Kulai dan Iskandar Puteri milik Pakatan Harapan.

“Besar harapan saya jika kerusi Tanjung Piai pada PRK kali ini dimenangi calon BN. Dapatlah saya berkawan di Dewan Rakyat nanti,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Maslancukai GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Beri Jaminan Kerajaan PH Tidak Zalim

Next Post

PAS Kurang Setuju Cadangan Guna Semula GST

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Next Post

PAS Kurang Setuju Cadangan Guna Semula GST

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd