• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Boleh Pelajari Pengalaman Qatar Airways

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Malaysia Airlines Bhd. (MAB) mempunyai peluang luas untuk berubah namun terpaksa melaksanakan beberapa langkah getir bagi memulihkan keadaannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways Group, Akbar Al Baker.

Beliau berkata pandangannya mengenai situasi dialami MAB turut dikongsikan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa pertemuan mereka baru-baru ini.

“Ia merupakan kunjungan hormat, untuk melihat sama ada terdapat sebarang langkah yang boleh kami lakukan untuk membantu MAB. (Dr. Mahathir) telah menjemput saya kerana beliau mengenali saya sejak sekian lama dan mendengar apa yang telah saya suarakan mengenai usaha yang boleh dilakukan bagi tujuan pemulihan MAB.

“Namun, saya tidak boleh memaklumkan butiran mengenai apa yang saya kongsikan bersama Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di luar sidang media selepas meraikan ketibaan penerbangan sulung Qatar Airways ke Langkawi pada Khamis.

Beliau berkata MAB merupakan syarikat penerbangan yang amat baik namun mengalami beberapa masalah.

Bagaimanapun beliau yakin MAB memiliki peluang luas untuk mengubah situasi itu namun perlu melaksanakan beberapa langkah yang amat getir dalam usaha tersebut.

Akbar berkata MAB boleh mempelajari pengalaman Qatar dalam pengurusan syarikat, perkhidmatan pelanggan dan seterusnya untuk berjaya dalam industri ini.

Beliau berkata syarikat penerbangan nasional merupakan elemen penting dalam ekonomi negara.

“Cuba bayangkan jika anda tidak memiliki syarikat penerbangan negara, namun anda mempunyai rancangan besar untuk memajukan sektor pelancongan.

“Mengapa perlu meraih simpati daripada syarikat penerbangan lain? Jadi, amat penting untuk MAB dikekalkan dan membolehkannya berkembang, namun pada masa sama, menghalang perkara-perkara yang menjejaskannya,” katanya.

Tags: Malaysia AirlinesQatar Airways
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd