• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Ramasamy Mahu Tahanan Dibicara Mahkamah Terbuka

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy meneruskan desakan supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhkan kerajaan secepat mungkin.

Selain itu, pemimpin DAP itu turut menuntut kesemua 12 individu ditahan termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu kerana didakwa ada kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dibicarakan ke mahkamah terbuka.

Menurutnya, hanya hakim yang layak melaksanakan prosedur akhir pengadilan terhadap kesemua tahanan itu sama ada mereka bersalah atau tidak.

“Saya sudah nyatakan sebelum ini, segala akta tidak munasabah seperti SOSMA dan POCA mesti dihapuskan segera. Kalau esok boleh hapuskan SOSMA, bagus la.

“Saya juga tidak pertikai bukti polis, cuma saya meminta mereka dibicarakan di mahkamah terbuka.

“Saya minta mereka dibicarakan di mahkamah kerana pada akhir pengadilan bukan polis, bukan peguam bela menentukan nasib mereka tetapi hakim,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan penahanan 12 individu termasuk ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran dan Exco Melaka, G Samithar kerana dipercayai ada kaitan dengan LTTE dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sejak Khamis lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka didakwa mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan mengagihkan dana yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak itu.

Ramasamy berkata, pihaknya masih tidak dipanggil polis dan bersedia untuk sebarang siasatan berkaitan LTTE.

Menurutnya, pihaknya tidak menyalahkan polis menjalankan siasatan berkenaan LTTE, bahkan turut menafikan mempunyai pengetahuan terhadap kewujudan lambakan cawangan LTTE di seluruh negara. – Sinar Harian

Tags: DAPLTTEP. RamasamyPOCASOSMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd