• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: PAS Gesa Polis Tangkap Ramasamy

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pemimpin PAS menggesa polis juga perlu menahan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy susulan penahanan dua ADUN DAP dan lima yang lain, dikaitkan dengan usaha menghidupkan semula kumpulan pengganas Sri Lanka di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa Ramasamy menggunakan kedudukannya sebagai timbalan ketua menteri dan ahli jawatankuasa tertinggi DAP dalam menyuarakan pandangan mengapi-apikan perkauman, yang boleh dibaca seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia.

“Selain siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), Ramasamy juga boleh disiasat di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan,” kata beliau dalam kenyataannya.

Semalam Ramasamy berkata, beliau percaya penahanan dua ADUN DAP dari Negeri Sembilan dan Melaka berkemungkinan dibuat atas desakan penyokong penceramah kontroversi dari India, Dr. Zakir Naik.

Ramasamy mendakwa, Naik dan pengikutnya berusaha habis-habisan merosakkan namanya dengan menggelar sebagai pengganas dan menggunakan semula gambar lamanya sewaktu menyertai misi damai ke Sri Lanka 10 tahun lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Khairuddin turut menyenaraikan 20 kenyataan dikeluarkan Ramasamy yang menurutnya sebagai cubaan mengapi-apikan kaum Tamil, penganut agama Hindu dan masyarakat bukan Islam di negara dengan menggambarkan hak mereka dinafikan.

“Ramasamy mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil di Malaysia dinafikan peluang pekerjaan di kedua-dua sektor awam dan sektor swasta.

“Turut mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum berkenaan sukar mendirikan tempat ibadat dan disekat mengadakan aktiviti kebudayaan,” katanya.

Malah, Mohd Khairuddin turut memetik beberapa kenyataan Ramasamy yang disiarkan sebuah portal, yang mendakwa Ramasamy mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum berkenaan dinafikan sekolah menengah kebangsaan Tamil.

“Turut mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut polis tidak ada hak untuk menjaga kuil Hindu. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut penukaran agama secara senyap-senyap sedang berlaku di Malaysia,” katanya.

Pada sidang media pagi tadi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata LTTE dikategorikan kumpulan pengganas dan bukannya entiti memperjuangkan hak kaum Tamil di Sri Lanka atau sebagainya.

Kata beliau, pandangan pimpinan DAP yang menganggap LLTE bukan pengganas itu disifatkan sebagai pandangan peribadi dan hak mereka.

Tegasnya, jika mana-mana pihak didapati mempromosi, menyokong dan memberi dana kepada kumpulan LTTE akan diambil tindakan. – FMT

Tags: DAPLTTEP. RamasamyPASpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd