• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Halang Penjawat Awam Tangkap Anjing

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pemilik kedai cetak didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam dua minggu lalu.

Tertuduh, Koh Tat Meng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Zubaidah Mahat di hadapan Majistret M Barath.

Mengikut pertuduhan, peniaga berusia 47 tahun itu cuba menghalang tugas kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menangkap anjing liar.

Perbuatan itu dilakukan di kawasan luar kondominium Vista Millenium, Taman Puchong Perdana pada jam 11.22 pagi, 3 Oktober lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam, N Rajesh memohon jaminan lebih rendah kerana anak guamnya perlu menyara isteri, tiga anak dan ibu bapa.

Tertuduh dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 26 November ini.

Terdahulu, satu rakaman video menunjukkan proses penangkapan anjing tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 4 minit 13 saat itu, petugas MPSJ dilihat menangkap seekor anjing dan mereka dihalang oleh beberapa individu.

Selepas mendapat kecaman netizen, MPSJ memohon maaf di atas sikap kurang profesional petugasnya.

Bagaimanapun MPSJ mendakwa, ia dilaksanakan mengikut peruntukan UUK 17, Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSJ 2007).

Ia turut mendapat reaksi Kerajaan Selangor melalui Exconya, Ng Sze Han yang kemudiannya memohon maaf terhadap insiden berkenaan. – Sinar Harian

Tags: anjingMPSJPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Petrol RON97 Naik 1 Sen Seliter

Next Post

Zakir Naik Fail Saman Terhadap Ramasamy

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras...

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

12/04/2025
4

RAUB: Polis menerima tiga laporan yang mendakwa penjawat awam dihalang menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kerajaan negeri sejak 8 April...

Next Post

Zakir Naik Fail Saman Terhadap Ramasamy

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd