• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menyelesaikan masalah subsidi.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak munasabah kerajaan memberikan subsidi kepada rakyat namun kesannya tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh golongan berpendapatan rendah itu.

Menurutnya, adalah lebih baik kerajaan memperkenalkan pemberian bantuan wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berbanding skim PSP kerana ia disalurkan terus kepada mereka.

“Saya rasa PH (Pakatan Harapan) gagal menyelesaikan masalah subsidi dan penyelesaian ini tidak konkrit.

“Jumlah subsidi yang diberi tidak muhasabah sebab kalau RM1 (sehari) gagal… tidak ada kesan apa-apa kepada rakyat. Lebih baik BR1M sebab terus kepada rakyat B40. Itu lebih terasa kepada rakyat,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, banyak juga pihak melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman kerajaan semalam.

“Kita tengok RM1 ini tidak sampai kepada matlamat sebenar untuk mengatasi masalah ini.

“Saya fikir banyak pihak yang menyuarakan rasa terkejut dengan ini,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan kerajaan akan menyalurkan subsidi minyak berjumlah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.

Mereka yang layak menerima subsidi itu adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan 1600cc ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun ke atas.

Program Subsidi Petrol (PSP) itu juga menetapkan kategori motosikal yang layak menerima subsidi itu adalah motosikal 150cc ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun ke atas.

PSP akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2020 yang membabitkan kira-kira 2.86 juta penerima. – Sinar Harian

Tags: BR1MBSHPSPsubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat: 97 Peratus Veteran ATM Tidak Berpencen Terima BSH

Dewan Rakyat: 97 Peratus Veteran ATM Tidak Berpencen Terima BSH

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, sehingga hari ini sebanyak 97 peratus daripada 9,000 veteran Angkatan...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd