• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Akan Jual Kepentingan PLUS Jika Tawaran Sesuai

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meneliti untuk menjual kepentingannya dalam PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) sekiranya menerima tawaran bersesuaian, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tunku Alizakri Alias.

Beliau berkata, KWSP akan mengkaji dan mempertimbang tawaran itu jika ia terbukti dapat memberi manfaat kepada ahlinya dari segi pulangan dan dividen.

“Pada masa ini, PLUS merupakan aset yang amat positif dan memberi pulangan kukuh selain kedudukannya sebagai organisasi yang diurus dengan baik.

“Dari segi perkhidmatan pula, ia mengendalikan lebuh raya sepanjang lebih 1,200 kilometer dan menyediakan perkhidmatan yang amat baik. Oleh itu, dari perspektif KWSP, kami amat berpuas hati dengan pulangan PLUS selain kedudukannya sebagai aset yang kukuh,” katanya kepada media di luar Forum Megatrends Khazanah 2019 di sini hari ini.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal hari ini mengenai kesediaan kerajaan untuk mengkaji sebarang tawaran bagi mengambilalih PLUS, Tunku Alizakri berkata, komen itu berkemungkinan dibuat bagi pihak Khazanah Nasional Bhd. yang merupakan dana kekayaan negara dan turut memiliki kepentingan dalam konsesi lebuh raya bertol tersebut.

Menurut Mahathir, kerajaan akan meneliti bidaan bagi membeli PLUS, termasuk pihak asing dan beliau dipercayai merujuk kepada tawaran pengambilalihan oleh firma ekuiti persendirian berpangkalan di Hong Kong dan Singapura, RRJ Capital Ltd.

“Sebarang bidaan oleh firma (bagi mengambilalih PLUS) akan dikaji oleh kerajaan. Jika ia (bidaan) sesuai dengan kehendak kita, kita akan layan permintaan mereka,” kata Perdana Menteri.

Khazanah memiliki kepentingan sebanyak 51 peratus dalam PLUS manakala KWSP sebanyak 49 peratus susulan langkah pengambilalihan pada 2011 yang membabitkan transaksi bernilai RM32 bilion.

Selain itu, ditanya mengenai dividen untuk pemegang sahamnya, Tunku Alizakri berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang hala tuju yang jelas (buat masa ini) dan mengakui prestasi ekonomi mencabar di peringkat domestik dan global akan turut memberi kesan bagi kemajuan masa depan.

“Kesemua data itu jelas menunjukkan persekitaran yang mencabar. Sehubungan itu, di pihak KWSP, kami akan memastikan aset ini diurus dengan baik. Namun, sekiranya perlu membeli, kami mengutamakan aset terbaik dari segi jangka panjang dan jika perlu dijual, ia adalah berdasarkan tawaran terbaik,” katanya.

Malah, menurutnya, KWSP juga sentiasa berusaha dan meninjau untuk membeli dan melepaskan aset dalam usaha memberi dividen kepada para pemegang sahamnya.

“Persoalannya, adakah kita mempunyai proses tadbir urus yang sesuai? Kita perlu memastikan semua proses wajar dilaksanakan secara teratur supaya ahli dapat memastikan sebarang penjualan kepentingan itu dibuat demi manfaat mereka,” katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan KWSP meraih dividen sebanyak RM1.56 bilion daripada 10 syarikat yang telah membayar sebahagian besar dividen dalam portfolio pada separuh pertama 2019.

Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding RM1.49 bilion pada setahun lepas.

Antara syarikat-syarikat itu adalah DiGi.Com Bhd, Axiata Group Bhd., Public Bank Bhd. dan Hong Leong Bank Bhd.

Tags: KWSPLebuhraya PLUSPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd