• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Digesa Ambil Tindakan Penganjur Debat Piala Tun Razak

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran kerana tidak menjaga sensitiviti beragama di Malaysia.

Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.

“Saya sangat kesal dengan pemilihan tajuk tajuk debat ini yg langsung tidak memberi sebarang pertimbangan menjaga sensitiviti beragama di Malaysia apatah lagu dianjurkan oleh orang Islam sendiri dan disertai juga oleh orang Islam.

“Saya mendesak Menteri Pendidikan mengambil tindakan kepada penganjur walaupun mereka telah memohon maaf kerana kini sudah menjadi corak merobek sensitiviti agama Islam dan kemudian minta maaf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainul Rijal, tajuk yang diberikan penganjur boleh menjejaskan akidah apabila suatu pihak terpaksa menyokong atau menentang tajuk itu.

“Ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main, difikir secara secara hipotetikal ataupun sengaja berbahas semata mencari kemenangan walaupun ia batil. “

Sementara itu menerusi tangkap layar grup WhatsApp bernama IbuBapa F5 SMAPK 2017 memaparkan perbualan berkaitan isu tersebut.

“Semalam telah berlangsung Debat Piala Tun Razak. Debat ini menggunakan tajuk homoseksual (topik dua dan tiga). Tajuk debat ini mengatakan bahawa Islam tidak menghalang homoseksual.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam debat bagi pelajar sekolah. Dalam situasi ini seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang telah dipaksa menyokong tajuk tersebut.

“Seorang pelajar beragama Islam terpaksa mendokong tajuk menulis semula al-Quran. Apa logik di sini?” soalnya.

Menerusi tangkap layar itu juga, ia turut mendakwa perkara itu sebagai satu bentuk penindasan dalam kebebasan beragama.

“Ajaran liberalisme melampau telah meracuni sistem pendidikan kita. Anak kita tidak sepatutnya dipaksa mendokong topik seperti ini.

“Pasukan debat SMAPK tarik diri dalam pertandingan itu apabila kena tajuk ini,” katanya.

Menerusi ruang sembang aplikasi itu juga, perkara berkenaan telah dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melalui Setiausaha Politik dan Pegawai Khasnya.

“Kita serah kepada pihak bertanggungjawab. Mereka ada kuasa dan kapasiti,” katanya.

Sementara itu juri bagi pertandingan tersebut melalui satu kenyataan berkata, meminta maaf kepada pihak terlibat terhadap apa yang berlaku.

“Kami dan jawatankuasa Piala Tun Razak 2019 akan mengambil perkara ini sebagai pengajaran bagi memastikan pada pertandingan akan datang ia tidak berulang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: debat piala tun razakhomoseksualKPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd