• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komik Propaganda: Maszlee Perlu Tanya Timbalan Menterinya

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik perlu bertanyakan kepada Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berhubung kebenaran mengedarkan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kepada 2,500 sekolah menengah serta sekolah menengah jenis kebangsaan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa penulis komik tersebut, Hew Kuan Yau pada 12 September lalu telah mengadakan lawatan ke atas Nie Ching bagi menyampaikan komik propaganda dalam tiga bahasa dan perkara tersebut telah dikongsikan di Facebook miliknya.

Beliau mendakwa, Kuan Yau turut memaklumkan beliau memberikan taklimat kepada Nie Ching bagaimana murid-murid sekolah boleh mendapat manfaat daripada inisiatif jalur dan jalan negara China.

“Selepas itu, komik propaganda itu mula diedarkan kepada semua sekolah menengah pada awal Oktober.

“Maszlee nafi dia memberi kebenaran untuk komik propaganda itu diedarkan kepada 2,500 sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tapi Maszlee ada tanya timbalan menteri dia tak?” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Najib mendakwa, walaupun Kuan Yau telah menutup halaman utama Facebooknya tetapi tindakan tersebut sudah terlambat kerana beliau telah membuat semakan.

“Walaupun Kuan Yau dah tutup page utama dengan 400,00 pengikut itu hari ini tetapi dia sudah terlambat kerana kita dah lama buat checking (semakan),” katanya.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan Najib bahawa pihaknya membenarkan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ diedar ke sekolah seluruh negara.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik daripada mana-mana pihak atau pembekal. – Sinar Harian

Tags: DAPHew Kuan Yaukomik propagandaNajib Tun RazakTeo Nie Ching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd