• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sukar Tawar Harga Tinggi Tanah Kampung Baru

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sukar bagi kerajaan untuk menawarkan harga tinggi kepada pemilik tanah di Kampung Baru bagi memastikan orang Melayu dapat membeli semula hartanah berkenaan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan jika kerajaan menawarkan pembelian harga tanah pada kadar semasa, kos pembangunan di Kampung Baru akan turut meningkat.

“Kita lihat di mana orang Melayu memiliki tanah, mereka miskin, mereka jual dengan harga yang baik tetapi mereka tak dapat balik (hartanah yang dijual). Tanah (dijual) itu akan dimiliki oleh orang lain.

“Tetapi di Kampung Baru ini, kita perlu penghuninya terdiri daripada orang Melayu dan kebanyakan orang Melayu tak (mampu) beli pada harga mahal. Kalau kita nak ikut harga pasaran, orang Melayu tidak akan masuk semula ke Kampung Baru,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDC) 2019 dan Ekspo Peranti Perubatan Malaysia (MYMEDEX) 2019 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pihak kerajaan hanya akan menawarkan kadar istimewa kepada pemilik tanah terbabit supaya mereka mampu untuk membeli semula unit hartanah yang dibangunkan.

“Kalau kita nak ikut harga tanah di luar Kampung Baru, ada yang sampai RM7,000 sekaki persegi. Jika kita buat macam itu (tawar harga tinggi), orang Melayu sudah tidak lagi tinggal di Kampung Baru.

“Sebab itu kita bagi harga istimewa, murah, kita pun boleh buat bangunan apartment dan flat lebih murah, mampu milik kepada orang Melayu,” katanya namun tidak mengulas harga baharu yang bakal ditawarkan.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan akan membuat tawaran baharu dan muktamad kepada pemilik tanah Kampung Baru bagi menyelesaikan kemelut pembangunan di situ.

Tawaran berkenaan yang dikatakan bakal diumumkan pada minggu hadapan itu disifatkan sebagai yang terakhir dari pihak kerajaan, susulan perbincangan Khalid dengan Dr. Mahathir minggu lalu.

Tags: Kampung BaruMahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

13/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ekoran akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd