• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pimpinan Melayu Hari Ini Tak Kuat Kemelayuan

oleh
06/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang dipimpin oleh orang Melayu tidak sekuat dahulu.

Berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati hari ini, beliau berkata ini kerana pemimpin Melayu perlu mengambil kira perasaan dan pandangan daripada pemimpin bukan Melayu.

“Saya nak mengaku di sini bahawa kerajaan walaupun dipimpin oleh orang Melayu, tidak sekuat kemelayuannya pada hari ini. Kalau dahulu kita boleh harap kerana kerajaan dipimpin oleh orang Melayu, memang kuat.

“Sekarang tidak kuat kerana mahu tidak mahu, kita kena ambil kira perasaan orang lain. Kalau kita tidak ambil kira, datang pilihan raya, kita akan kalah. Inilah hakikat kebenaran yang kita dapat dalam negara kita,” katanya.

Kongres Himpunan Melayu dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penganjuran kongres tersebut sebelum ini mendapat kritikan beberapa pemimpin UMNO yang mendakwa institusi pengajian tinggi telah digunakan sebagai alat politik.

Antara yang kelihatan hadir pada kongres hari ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. – Sinar Harian

Tags: kongres maruah melayuMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd