• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Gubal Undang-Undang Baru Jika Mansuh Akta Hasutan

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini berkata ia akan menggubal undang-undang baru jika perlu sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman berkata, kementerian masih menjalankan kajian lanjut berhubung cadangan pemansuhan akta tersebut.

“Kementerian berpendirian bahawa kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan perlindungan institusi Diraja, kaum dan agama perlu dikekalkan dengan memindahkannya ke dalam undang-undang lain sedia ada seperti Kanun Keseksaan atau pun diwujudkan undang-undang baru sekiranya perlu,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Kota Tinggi, Halimah Mohamed Sadique yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk meminda sebarang akta atau peraturan sedia ada kepada hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang menghina, mempersenda atau memainkan isu-isu agama untuk kepentingan tertentu.

Azis berkata, ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan KDN dalam memastikan keamanan di dalam negara terpelihara.

Beliau berkata, sungguhpun begitu masih wujud anasir dalam kalangan masyarakat yang mahu menggugat ketenteraman awam, terutama membabitkan isu berkaitan agama, bangsa dan institusi Diraja.

“Dalam hal ini, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu sensitif, khususnya penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

“Perbuatan tersebut jika tidak dibendung boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian yang dinikmati rakyat selama ini.

“Kementerian ini melalui penguatkuasaan polis akan mengambil tindakan segera dengan membuat tangkapan dan pendakwaan terhadap sebarang perlakuan tersebut,” katanya.

Azis berkata, bagi mengekang kegiatan itu agar tidak terus berleluasa, KDN akan meningkatkan program kesedaran kepada masyarakat supaya lebih peka dan sensitif terhadap sentimen perkauman, keagamaan dan institusi Diraja.

Beliau berkata, ia dibuat melalui kempen kesedaran bersama-sama orang awam, selain membuat kajian dan cadangan penambahbaikan ke atas akta sedia ada.

“Ini supaya tindakan lebih berkesan dan menyeluruh dapat diambil oleh pihak polis terhadap mana-mana pihak yang terus membangkitkan isu sensitif.

“Pihak polis juga menubuhkan unit pemantauan dan siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial di peringkat daerah dan kontinjen supaya tindakan segera dapat diambil sebelum isu sensitif yang dimainkan oleh pihak terbabit merebak menjadi permusuhan antara agama dan bangsa,” katanya.

Tags: Akta Hasutanpakatan harapanundang-undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

23/07/2025
0

SHAH ALAM - Penyertaan penjawat awam dalam perhimpunan awam adalah tertakluk kepada pematuhan undang-undang sedia ada, termasuk arahan daripada pihak...

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

13/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd