• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Perkenal Semula GST Dalam Belanjawan 2020

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan supaya memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

Pengerusinya, Tan Sri Kamal Salih yang menyifatkan GST sebagai sistem pencukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat berkata, GST merupakan sistem yang memastikan kerajaan memiliki kewangan yang kukuh ketika harga minyak mentah susut di bawah US$36 setong pada 2015.

“GST merupakan sistem yang saksama, namun beberapa pihak mengatakan ia regresif kerana golongan miskin akan terkesan.

“Bagaimanapun, kita mempunyai klausa khusus yang akan melindungi kumpulan berpendapatan rendah atau B40,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraian tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) antara MIER dan tujuh persatuan serta entiti di sini, hari ini.

Beliau berkata, semasa kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan GST dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tahun lepas, beliau merupakan antara pakar ekonomi yang dirunding pihak yang menentang idea berkenaan.

“Ini kerana macam mana cara pun anda memperluaskan SST kepada sektor berbeza atau bagaimana sekalipun penguatkuasaan dijalankan, ia masih tidak cukup untuk menampung apa (pendapatan) yang telah dihasilkan menerusi GST,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan perlu memperkenalkan pakej rangsangan dalam Belanjawan 2020.

“Jika tidak, kerajaan akan terjebak dengan defisit fiskal 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dan perlu meminjam lebih banyak wang,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa menerusi pusingan baharu inisiatif pelaburan dalam pakej rangsangan berkenaan, kerajaan akan mampu menarik lebih banyak pelaburan asing bernilai sehingga RM1 trilion, bersamaan dengan hutang kerajaan semasa, ke dalam negara.

Secara kesimpulannya, Kamal berkata, belanjawan akan datang ini seharusnya mengutamakan isu seperti kenaikan kos sara hidup, perumahan mampu milik dan pekerjaan yang dihadapi rakyat.

Sementara itu, beliau berkata, tujuh MoU ditandatangani hari ini akan membawa pelaburan berpotensi dengan nilai berjumlah US$42 bilion ke dalam negara, yang dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun.

MoU itu, terutamanya berkaitan tenaga boleh diperbaharu; pengurusan sisa; minyak dan gas; maritim; dan pendidikan, dimeterai di bawah Pelan Penyelidikan Crouching Tiger MIER yang dilancarkan pada 29 Julai tahun ini.

MIER akan berperanan sebagai perunding dan menyediakan kajian daya maju untuk industri berkaitan di samping membantu kerajaan dan sektor swasta mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 29 MoU telah ditandatangani di bawah pelan tersebut, dengan kebanyakan janji niaga merupakan projek pembiayaan swasta.

Tags: belanjawan 2020GSTMIER
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TH: Mujahid Beri Asyraf Tempoh seminggu Mohon Maaf

Next Post

SPRM Akan Dakwa Bekas CEO SSM Esok

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

SPRM Akan Dakwa Bekas CEO SSM Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd