• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Belanjawan 2020 Langsung Tak Sentuh PTPTN?

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menyoal kenapa Belanjawan 2020 langsung tidak menyentuh tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

“Apakah sebenarnya pelan menteri pendidikan berhubung perkara ini?” soalnya ketika membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng minggu lepas di Dewan Rakyat hari ini.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan pada 15 September berkata Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) yang mengandungi maklumat berkenaan mekanisme baru pembayaran balik pinjaman telah diserah kepada Kementerian Pendidikan untuk dibawa ke Kabinet.

Ismail berkata Belanjawan 2020 juga langsung tidak menyentuh tentang institusi pengajian tinggi, dan meminta Menteri Pendidikan Maszlee Malik beritahu berapa peratus daripada peruntukan untuk Kementerian Pendidikan akan disalur kepada IPT.

“Dan adakah ia mengambil kira keputusan untuk tiba-tiba menggabungkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)?” katanya.

Kerajaan pada 4 September lalu bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UniSZA dan UMT, yang dilihat akan memantapkan keupayaan kedua-dua universiti terbabit.

Ismail turut membangkitkan soal peruntukan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah persendirian, mengatakan pembahagiannya tidak adil dan tidak berpadanan.

Beliau mengajak kerajaan menghitung kembali purata pemberian kepada sekolah persendirian, memberi misalan 60 buah sekolah menengah persendirian Cina mendapat RM15 juta.

“Apabila dihitung puratanya, satu sekolah menengah persendirian Cina mendapat kira-kira RM0.25 juta. Jumlah ini sebenarnya adalah 6.5 kali ganda atau 55.5% lebih tinggi daripada purata jumlah peruntukan yang diterima oleh sekolah kebangsaan yang menerima hanya RM38,172 untuk satu sekolah,” katanya.

Ismail berkata perbandingan peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil juga tidak sepadan.

“Sebuah SJKT mendapat secara purata 2.5 kali ganda lebih banyak berbanding sebuah SJKC,” katanya.

Ismail berkata sekiranya pengagihan peruntukan itu dihitung berdasarkan bilangan kelas, sebuah kelas sekolah kebangsaan mendapat “hanya sebanyak RM1,986 peruntukan naik taraf”.

“Sedangkan 1 kelas SJKC mendapat sebanyak RM2,602 dan SJKT mendapat sebanyak RM11,299,” katanya.

Ismail mendesak kerajaan menyemak semula peruntukan kepada semua jenis sekolah, mengatakan pembahagian harus berpandukan bilangan sekolah dan jumlah pelajar.

“Bukannya sekadar bersifat pukul rata,” katanya.

Dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM64.1 bilion. – FMT

Tags: belanjawan 2020pembangkangPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd