• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Terkejut Nurul Ashikin Hamil Anak Kembar

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Keluarga kepada anggota polis yang maut bersama isteri dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur hari ini terkejut dan sedih apabila mengetahui Nurul Ashikin Kamaruddin sedang hamil anak kembar.

Nur Azmawati Shamsuddin, kakak kepada Lans Koperal Muhammad Syakiran berkata, berita mengejutkan itu diketahui berdasarkan bedah siasat jam 1 petang tadi.

Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan adik-beradiknya yang berada di Kuala Lumpur dan turut menemui buku pemeriksaan kandungan di dalam beg Nurul Ashikin.

“Kami memang terkejut sebab mereka belum memaklumkan lagi kepada keluarga tentang kehamilan anak kedua yang juga kembar kali ini.

“Kami sangat sedih apatah lagi saya dimaklumkan kandungan sudah hampir berusia dua bulan,” katanya ketika dihubungi.

Pasangan terbabit meninggalkan seorang anak lelaki, Muhammad Arfan Ziqri, berusia 1 tahun 10 bulan.

Dalam kejadian jam 8 pagi tadi, kedua-dua mereka maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra, menghala ke pusat bandar.

Muhammad Shakiran, 30, anggota polis bertugas di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam yang cedera di perut meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala isterinya cedera di kepala maut di tempat kejadian.

Bercerita lanjut, Nur Azmawati berkata, Allahyarham adiknya, Muhammad Syakiran juga mempunyai kembar sama jantina bernama, Muhammad Syakirin, yang tinggal di kampung dan sudah berkahwin.

Menambah kesedihan katanya, apabila ahli keluarganya baru sahaja berkumpul di kuarters polis memandangkan adik bongsu mereka, Muhammad Nazrul,19, berada di Kuala Lumpur untuk bersiar-siar di sana.

“Arwah adik dan isteri baru sahaja menghantar Nazrul menaiki bas malam tadi dan Nazrul tiba di Kelantan pada jam 7 pagi tadi.

“Tidak berapa lama selepas itu kami di kampung menerima berita mereka berdua maut dalam kemalangan,” katanya.

Kakak mangsa menjangkakan jenazah mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Repek Hilir, Bachok selepas Isyak nanti.

Tags: anggota polis mautkehamilankemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd