• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Kes Buli Di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang sebelum ini pernah menjadi perhatian umum akibat kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa kembali menjadi sebutan beberapa hari lalu susulan penularan kes buli.

Kes terbaru itu dikongsi pengguna Facebook, Dahlanmahyuddin Dellmahuddin yang mendakwa seorang pelajar menjadi mangsa buli dan disimbah air panas ketika sedang tidur dan melecur separuh badan.

Tulis Dahlanmahyuddin Dellmahuddin; “Kejadian berlaku di tahfiz yang terbakar dahulu dekat Kampung Datuk Keramat dan mangsa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).”

Pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmod ketika dihubungi menjelaskan, insiden pada Rabu lalu bukan kes buli seperti didakwa sebaliknya perselisihan faham dan saling ejek-mengejek antara dua pelajar berusia 12 tahun.

Menurutnya, pihaknya mengesan insiden pergaduhan kedua-kedua pelajar berkenaan sebelum hari kejadian yang telah dileraikan dengan nasihat dan teguran dalam kelas pengajian.

“Pada malamnya, saya telah memanggil kedua-dua ibu-bapa pelajar berkenaan untuk berbincang. Kami sangka perbalahan selesai selepas pertemuan tersebut.

“Bagaimanapun, pada sekitar jam 4 pagi pelaku bertindak demikian ketika mangsa sedang tidur menyebabkan beberapa bahagian anggota badannya melecur,” katanya.

Muhammad Zahid menafikan keadaan mangsa melecur separuh badan seperti ditularkan.

“Mangsa melecur pada bahagian belakang badan dan sedikit di bahagian perut selepas disimbah dengan secawan air panas.

“Kami menghantar mangsa ke hospital selepas kejadian dan difahamkan mangsa perlu dirawat beberapa hari sebelum dibenarkan keluar,” katanya.

Katanya, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut sementara pelaku telah direhatkan untuk siasatan.

“Pelaku sudah dua tahun belajar di tahfiz sementara mangsa baru enam bulan di sini. Pelaku sebelum ini tidak ada sebarang masalah disiplin.

“Biasanya kalau pelajar itu bermasalah mereka tidak akan mampu tinggal lama di tahfiz namun pelaku sudah dua tahun belajar di sini. Insiden ini adalah di luar kawalan kami,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan ada pihak yang mengambil kesempatan menularkan maklumat kurang tepat kerana kurang senang dengan operasi tahfiz.

“Susulan kejadian kebakaran pada 2017, kami menerima kawan dan juga lawan. Saya sedang diuji dan menerima dugaan ini dengan tenang atas niat kerana ALLAH SWT.

“Mungkin ada hikmahnya dengan kejadian ini, setidak-tidaknya membuka mata orang awam untuk mengingati kembali tahfiz kami,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kes buliPusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd