• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Insiden Serius

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejadian kebocoran data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini adalah amat membimbangkan dan memerlukan penjelasan pihak terbabit.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang menyatakan kebimbangan itu berpendapat insiden itu serius kerana ia bukanlah satu jumlah yang kecil.

“Sebanyak 46.2 juta set data bocor, ia lebih daripada jumlah semua rakyat Malaysia, ia sangat serius, rakyat Malaysia mengharapkan suatu penjelasan berhubung kebocoran data peribadi mereka,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas jawapan bertulis Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kepada soalannya semalam berhubung bagaimana Nuemera (M) Sdn. Bhd., yang dilantik kerajaan untuk melaksanakan sistem Sekatan Perkhidmatan Selular Awam (PCBS), gagal menjamin keselamatan data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi, sehingga maklumat itu bocor.

Ahmad Fahmi berkata, bagaimanapun, tindakan terburu-buru tidak boleh diambil buat masa ini kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Jawapan semalam saya rasa baru memberikan bayangan tapi belum lagi secara keseluruhan.

“Saya rasa kita kena tunggu keputusan jabatan Peguam Negara sebab difahamkan kertas siasatan telah diberi kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Semalam KKMM dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Fahmi berkata, kerajaan telah menamatkan kontrak dengan Nuemera (M) Sdn. Bhd., dan siasatan jenayah berhubung perkara itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Tags: Kebocoran Data Peribadiperkhidmatan telekomunikasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Akui Kebocoran Data Peribadi, Nafi Kerja ‘Orang Dalam’ JPN

Hamzah Akui Kebocoran Data Peribadi, Nafi Kerja ‘Orang Dalam’ JPN

29/06/2022
0

Bilangan agensi kerajaan yang mempunyai akses kepada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan dikurangkan untuk membendung kebocoran data peribadi,...

JPDP Terima Laporan Data Peribadi Orang Awam Bocor

10/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengesahkan sudah menerima laporan berhubung dakwaan portal omghackers...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd