• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kad95 Diperluas Liputi Tepung, Minyak Masak Dan Gas

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluas kegunaan kad subsidi petrol atau Kad95  untuk meliputi lebih banyak barang subsidi seperti tepung, minyak masak dan gas jika golongan M40 juga dibenarkan  menyertai Program Subsidi Petrol (PSP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, program subsidi bersasar adalah memastikan barangan subsidi tidak disalah guna termasuk diseludup untuk kegunaan orang asing.

“Kami justeru memerlukan satu mekanisme untuk mengendalikan subsidi secara jangka panjang.

“Kami kekurangan pengalaman dalam pelaksanaan subsidi bersasar, tetapi kami memang berharap supaya dapat mara ke depan dalam hal ini,” katanya dalam wawancara dengan Sinchew Daily.

Saifuddin juga menjelaskan bahawa PSP untuk golongan B40 disalurkan secara terus kepada akaun penerima dan bukannya melalui kad kerana kajian akademik termasuk oleh Universiti Cambridge dan Oxford  menunjukkan kaedah itu adalah paling berkesan.

“Kami justeru memilih kaedah ini sebagai permulaan, tetapi kami masih ada rancangan untuk memperluaskan penggunaan kad untuk mengenal pasti golongan yang layak menerima subsidi bersasar.

“Orang asing yang tidak mempunyai kad tidak akan dapat membeli berdasarkan harga subsidi,” katanya.

Tambahnya, banyak perkara masih perlu dibincangkan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kewangan memandangkan dalam pembentangan Bajet 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya mengumumkan bahawa pelaksanaan PSP untuk golongan M40 adalah melalui kad RON95.

“Kami perlu bermesyuarat untuk mengenal pasti cara pelaksanaan yang terbaik selain menjawab pelbagai soalan yang timbul.

“Persoalan juga meliputi kementerian mana yang akan meneraju projek ini, perkara ini akan diputuskan dalam Kabinet,” katanya.

Tags: kad95PSPsubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDNHEP Akan Teruskan Dasar Sedia Ada Yang Baik

12/03/2020
0

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan dasar dan strategi sedia ada yang baik...

Kabinet Tentukan Pelaksanaan PSP – Saifuddin

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyerahkan keputusan untuk melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd