• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jho Low Penghubung Antara 1MDB, Saya Dan Najib” – Shahrol

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low merupakan satu-satunya penghubung antara ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika itu dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, bagaimanapun berkata Jho Low tidak mempunyai jawatan rasmi dalam 1MDB dan juga bukan penasihat khas syarikat.

Semasa perbicaraan sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Jho Low merupakan penasihat Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), yang kemudiannya menjadi 1MDB pada September 2009.

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mewakili Najib pada hari ke-19 perbicaraan bekas perdana menteri itu melibatkan dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Apakah jawatan Jho Low dalam 1MDB?

Shahrol Azral: Dia tidak mempunyai jawatan rasmi di 1MDB.

Muhammad Shafee: Apakah jawatan tidak rasminya dalam 1MDB?

Shahrol Azral: Dia merupakan penghubung antara 1MDB, saya dan pemegang saham tunggal Datuk Seri Najib.

Muhammad Shafee: Ini yang Jho Low dakwa pada masa itu, yang dia adalah penghubung.

Semasa ditanya siapa pemegang saham tunggal 1MDB pada Oktober 2009, Shahrol Azral berkata adalah Menteri Kewangan Diperbadankan.

Najib, 66, yang juga bekas Menteri Kewangan, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan pertuduhan 21 pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Tags: 1MDBJho LowNajib Tun RazakShahrol Azral Ibrahim Halmi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPM 2019 Bermula 14 Oktober, 416,416 Calon Mendaftar

Next Post

Polis Mungkin Panggil Najib Beri Keterangan Kes Kor Ming

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Polis Mungkin Panggil Najib Beri Keterangan Kes Kor Ming

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd