• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Nafi Kelulusan Laporan EIA Projek PSR 2 Hari

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini menolak proses penilaian kesan alam sekitar (EIA) Projek Tebus Guna Tanah Selatan Pulau Pinang (PSR) diluluskan dalam masa dua hari seperti didakwa oleh kumpulan pendesak, Penang Forum.

Menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, JAS dalam kenyataannya hari ini berkata, laporan EIA bagi projek tersebut telah melalui prosedur pemprosesan yang ditetapkan jabatan berkenaan, termasuk kelulusan TOR, pemprosesan EIA dan prosedur pameran awam dari tahun 2016 hingga 2019.

“Prosedur pameran awam telah diadakan mulai 29 April hingga 28 Mei 2019 di 11 lokasi iaitu Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, kompleks pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, Balai Polis Teluk Kumbar, Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, JAS cawangan Bayan Lepas, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Penang Town Hall serta Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan,” katanya.

JAS juga berkata, mesyuarat Jawatankuasa Semakan Teknikal EIA (EIATRC) bagi mengkaji dan membincangkan laporan itu diadakan pada 10 dan 29 Mei 2019 dan dihadiri oleh setiausaha kerajaan negeri, agensi teknikal berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan, serta individu dilantik dan perunding EIA.

Penang Forum sebelum ini mempertahankan dakwaan seorang pakar alam sekitar bahawa JAS hanya mengambil masa dua hari untuk meluluskan laporan EIA projek PSR.

Ia juga menolak penjelasan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebelum itu bahawa kerajaan negeri menunggu selama dua tahun bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

“Penyerahan laporan dan menunggu kelulusan adalah dua perkara berlainan. Proses penyerahan laporan EIA tidak sama dengan “menunggu kelulusan,” kata anggota jawatankuasa pemandu Penang Forum, Khoo Salma Nasution sebelum ini.

Khoo yang merujuk dakwaan penyelidik alam sekitar, Evelyn Teh dilaporkan berkata, perkara itu boleh dilihat daripada penyerahan laporan EIA PSR terdahulu pada 28 April 2017 yang ditolak pada Ogos tahun lepas kerana tidak memenuhi syarat tertentu.

Semalam Khoo mempersoalkan sama ada tarikh kelulusan projek PSR pada 25 Jun “berkebetulan” dengan hari terakhir bekerja Ketua Pengarah JAS, Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim sebelum persaraan beliau.

“Tarikh kelulusan itu sama meragukan dengan tempoh dua hari kelulusan EIA PSR,” katanya.

JAS dalam kenyataan sama berkata, laporan “revised EIA” yang mengambil kira semua input mesyuarat terbabit serta ulasan awam telah dikemukakan pada 21 Jun tahun ini.

“JAS mendapati laporan EIA yang dikemukakan memenuhi kehendak 34A(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dengan itu laporan EIA tersebut diluluskan dengan 72 syarat kelulusan,” katanya.

“Kesimpulannya laporan EIA bertajuk ‘The Proposed Reclamation and Dredging Works for Penang South Reclamation (PSR), Penang’, telah melalui prosedur ditetapkan oleh perundangan dan garis panduan pemprosesan EIA,” katanya.

PSR adalah inisiatif kerajaan negeri bagi membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion melalui tebus guna tiga buah pulau seluas 4,000 ekar di pesisir Permatang Damar Laut.

Projek berkenaan mendapat bantahan banyak pihak, termasuk kumpulan alam sekitar atas kebimbangan kesannya ke atas alam, selain tentangan daripada nelayan di kawasan terbabit yang menganggapnya mengancam mata pencarian mereka. – FMT

Tags: Jabatan Alam Sekitarprojek PSRPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

26/08/2025
0

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd