• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Dewan Rakyat ‘Kosong’ Berulang

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegagalan ahli Parlimen menghadiri persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan kukuh bukan sahaja mengganggu perjalanan mesyuarat malah menjejaskan proses kedaulatan undang-undang.

Isu Dewan Rakyat ‘kosong’ bukan baharu berlaku sebaliknya pernah ditegur sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Julai tahun lalu yang tidak berpuas hati dengan kehadiran menteri dan timbalan menteri.

Lebih menghairankan, sehari selepas ditegur Perdana Menteri, persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit kerana tidak cukup korum.

Perbahasan Belanjawan 2020 yang berlangsung sejak semalam turut terpalit dengan isu sama apabila ramai wakil rakyat sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang tidak berada di dalam dewan.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Rais Hussin, menyifatkan kehadiran ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat sebagai amat teruk.

Menerusi status dimuat naik di akaun Twitter rasminya, Rais mempersoalkan berhubung kehadiran wakil rakyat terutama ketika sesi perbahasan Belanjawan 2020 berlangsung.

“Kehadiran wakil rakyat pada sidang Parlimen ini agak teruk terutama apabila isu penting seperti Belanjawan 2020 sedang dibahaskan.

“Bagaimana untuk meningkatkan kehadiran di Parlimen dan mengurangkan mereka ponteng? Ada apa-apa idea?” soalnya.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, berkata ahli Parlimen yang sengaja tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat seharusnya meletakkan jawatan.

“MP (ahli Parlimen) yang tak datang baik letak jawatan. Ini mandat yang diberikan oleh rakyat. Jadi kena hadir kecuali ada alasan kukuh seperti sakit atau sebagainya.

“Bagaimanapun, bagi menteri atau timbalan menteri, kita kena bersangka baik kerana mereka mungkin tanggungjawab lain yang perlu didahulukan sama seperti menteri kerajaan terdahulu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, menegaskan menjadi tanggungjawab utama kehadiran wakil rakyat pada setiap sesi Parlimen.

Bukan sahaja ahli Parlimen, kehadiran menteri dan timbalan menteri katanya, amat dituntut terutama ketika sesi perbahasan Belanjawan 2020 berlangsung.

“Kehadiran mereka penting kerana menteri atau timbalan menteri akan menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan ahli Parlimen dalam sesi perbahasan,” katanya.

Kelmarin, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkongsi gambar di akaun Twitter rasminya memaparkan Dewan Rakyat di blok kerajaan kelihatan kosong.

“Saya berucap di hadapan ‘khalayak’ ini, iaitu kerusi hadapan untuk wakil kerajaan pada hari pertama perdebatan Belanjawan,” katanya. – BH Online

Tags: Ahli ParlimenDewan Rakyatwakil rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd