• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Dana 1MDB Hangatkan Dewan Rakyat

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu membabitkan 80 individu dan entiti yang disiasat kerana didakwa menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghangatkan sesi Dewan Rakyat yang bersidang, hari ini.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melakukan pendakwaan yang disifatkan mereka sebagai bermotif politik.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) adalah antara yang bangun mempertikaikan tindakan kerajaan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) itu sebagai lebih kepada pendakwaan politik.

Tindakan sama turut dilakukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang mempersoalkan mengenai adanya pilih kasih dalam pendakwaan berkenaan, berikutan ada nama individu yang digugurkan daripada senarai dakwaan selepas ‘lompat parti’.

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ketika sesi menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 menegaskan tidak wujud ‘double standard’ dalam siasatan SPRM itu.

Menurut beliau, keutamaan pendakwaan adalah membabitkan individu dan entiti yang menerima dana paling besar melebihi RM500,000 dan ke atas, selain senarai yang dikeluarkan juga adalah notis kompoun.

Bagaimanapun, jawapan itu tidak dapat meyakinkan Ahli Parlimen pembangkang apabila Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangkit mempertikaikan senarai pendakwaan itu kerana beberapa nama yang tersenarai menerima dana kurang daripada RM100,000.

“Mungkin SPRM tidak beri jawapan yang betul. Misalnya IPF Building Fund Baling dikenakan 50 kali ganda kompoun sehingga RM2.5 juta.

“Bagaimana mereka nak bayar kerana ketika diterima dana itu pada tahun 2012 masih belum ada 1MDB. Bagaimana dapat buktikan itu adalah wang 1MDB?” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) turut bangkit meminta supaya kerajaan memastikan bahawa tindakan yang dilakukan SPRM itu tidak berbaur politik tetapi perlu bersih dan adil dari segi undang-undang. – BH Online

Tags: 1MDBDewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kita Akan Lawan PH Habis-Habisan” – Ahmad Maslan

Next Post

Kerajaan Tambah Hutang RM10 Bilion Untuk Bulan Oktober

Related Posts

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Next Post

Kerajaan Tambah Hutang RM10 Bilion Untuk Bulan Oktober

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd