• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Negara RM1.021 Trilion

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara 2018 mengesahkan bahawa kedudukan keseluruhan hutang awam dan komitmen kewangan kerajaan adalah berjumlah RM1.021 trilion.

Menerusi laporan sebanyak 112 muka surat yang disiarkan di laman sesawang Jabatan Audit Negara, hasil yang diterima kerajaan pada tahun lalu adalah berjumlah RM232.883 bilion iaitu meningkat RM12.476 bilion atau 5.7 peratus berbanding tahun 2017.

“Perbelanjaan mengurus dan pembangunan adalah berjumlah RM287.055 bilion iaitu meningkat sejumlah RM24.477 bilion berbanding tahun 2017.

“Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM53.385 bilion dengan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada paras 3.7 peratus,” katanya menerusi rumusan dan syor audit dalam laporan tersebut.

Jelas laporan itu, kerajaan Persekutuan telah membuat pinjaman dari dalam dan luar negara berjumlah RM131.599 bilion bagi membiayai perbelanjaan pembangunan dan bayaran balik hutang.

Hutang Persekutuan adalah berjumlah RM741.049 bilion dengan nisbah hutang kepada KDNK pada paras 51.8 peratus.

“Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kepada pinjaman yang dibuat oleh badan berkanun atau syarikat berjumlah RM266.468 bilion.

“Perbelanjaan kerana hutang negara (kos bagi mendapatkan pinjaman dan faedah pinjaman) meningkat kepada RM30.547 bilion pada tahun 2018,” katanya.

Selain itu, pelaburan kerajaan Persekutuan dalam deposit, sekuriti dan pegangan saham syarikat atau badan berkanun atau agensi adalah berjumlah RM31.058 bilion.

Akaun Belum Terima (ABT) Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun 2018 adalah berjumlah RM86.935 bilion yang terdiri daripada Pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut serta Pelbagai ABT.

Tags: hutang negaraJabatan Audit Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LTTE: Akaun Bank Milik DAP Sudah Dibekukan Ke?

Next Post

Kenapa Belanjawan 2020 Langsung Tak Sentuh PTPTN?

Related Posts

Geng Tikus Tumpas

Dewan Rakyat: Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

10/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Hutang Persekutuan pada akhir 2022 merekodkan sebanyak RM1.08 trilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding...

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

17/01/2023
0

PUTRAJAYA - Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu mencecah sehingga RM1.5 trilion sekiranya digabungkan bersama...

Next Post

Kenapa Belanjawan 2020 Langsung Tak Sentuh PTPTN?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd