• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 2 Jam Najib Beri Keterangan Di Bukit Aman

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis merekod keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hampir dua jam untuk siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik di Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, beliau dipanggil sebagai saksi berhubung kes terbabit.

“Saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan menyerahkan kepada mereka untuk siasatan dan keputusannya,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Bukit Aman hari ini.

Terdahulu, Najib hadir bersama peguamnya ke Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi menaiki kereta Proton Perdana hitam sebelum keluar kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula, Najib menjawab, tidak.

“Dalam proses (rekod keterangan) tadi, mereka bertanyakan tentang posting yang dimuat naik itu. Selainnya saya tidak boleh dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kehadiran bekas perdana menteri itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebelum ini dilapor menggesa polis menyiasat Facebook ‘Najib Razak’ yang memuat naik hantaran didakwa berbaur fitnah pada 30 September lepas.

Najib menerusi perkongsian di Facebook menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap Nga berhubung satu kenyataan didakwa berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dimuat naik melalui satu hantaran di akaun Facebook.

Pada 29 September tular di media sosial mengenai hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ yang didakwa mengajak kaum Cina melakukan protes terhadap Sultan Selangor berhubung keputusan tidak membenarkan penggunaan tanda jalan dwi bahasa di Selangor.

Tags: Bukit Amanhina sultan selangorNajib Tun RazakNga Kor Ming
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kecoh Kes Buli Di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Next Post

Aksi ‘Hand Stand’ Undang Padah, Anak Bukan Sarkas

Related Posts

Bukit Aman Kaji Langkah Tambahan Lindung Keselamatan Anggota Semasa Guna Kenderaan Pasukan

Bukit Aman Kaji Langkah Tambahan Lindung Keselamatan Anggota Semasa Guna Kenderaan Pasukan

14/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman dalam proses mengenal pasti langkah tambahan bagi menjamin keselamatan anggota polis semasa mobilisasi untuk tugasan atau...

Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

17/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat perkongsian hantaran menghina Nabi Muhammad SAW oleh pemilik Facebook yang menggunakan nama akuan Ainon Mohd,...

Next Post

Aksi ‘Hand Stand’ Undang Padah, Anak Bukan Sarkas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd