• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halim Saad Mahu Beli Semula PLUS, Tawar RM5.2 Bilion

oleh
17/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Halim Saad dilaporkan telah menawarkan untuk membeli keseluruhan pegangan Khazanah Nasional Bhd. dalam PLUS Malaysia Sdn. Bhd. pada harga RM5.2 bilion, sekali gus memperlihatkan kembalinya ahli perniagaan itu ke sektor operasi lebuh raya.

Laporan The Malaysian Reserve berkata bekas pengerusi Renong Bhd., yang pernah menguasai UEM Group Bhd., telah mengemukakan cadangan itu pada 11 Oktober lalu.

Dilihat sebagai tawaran paling tinggi ditawarkan oleh mana-mana pihak, Halim juga menawarkan diskaun tol sehingga 25% manakala status tempoh konsesi kekal seperti sekarang iaitu sehingga 2038, kata laporan itu.

Halim mengesahkan beliau menawarkan harga RM5.2 bilion untuk mengambil alih PLUS, entiti yang menjadi perhatian sejak selepas pilihan raya umum Mei 2018.

Dengan langkah Halim itu, persaingan untuk mengambil alih PLUS Malaysia bertambah kepada tiga pihak dalam negara, dan dua syarikat asing.

Pada 10 Oktober lalu, Maju Holdings Sdn. Bhd. dilaporkan memperbaharui cadangannya mengambil alih PLUS Malaysia Bhd. dengan menawarkan pengurangan tol daripada 25% kepada 36%.

Selain itu, Maju Holdings juga mencadangkan akan menanggung pengurangan tol sepenuhnya dan tidak akan mendapatkan pampasan kewangan daripada kerajaan berkenaan perkara berkenaan. Ia turut mencadangkan untuk menyerap pampasan tol RM2.7 bilion jika syarikat itu berjaya mengambil alih pengendali konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia.

Pada 5 Oktober lalu, pemegang saham utama PLUS Malaysia, Khazanah Nasional Bhd menegaskan tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.

Pengarah Urusannya, Shahril Ridza Redzuan berkata setakat ini pihaknya menolak kesemua tawaran yang diterima daripada entiti swasta asing, mahu pun tempatan.

Sebelum ini dilaporkan, firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong milik rakyat Malaysia, RRJ Capital Ltd., menaikkan harga tawaran pengambilalihan PLUS kepada RM3.5 bilion berbanding RM3 bilion yang ditawarkan sebelum ini.

Khazanah dan anak syarikatnya, UEM secara keseluruhannya memegang 51% kepentingan dalam PLUS, manakala 49% lagi milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain Maju dan Halim, Widad Business Group (WBG) juga ada membuat penawaran untuk membeli konsesi PLUS Malaysia, melibatkan pertimbangan tunai sebanyak RM1.5 bilion atau 100% konsesi milik Khazanah dan KWSP pada pertimbangan tunai sebanyak RM3 bilion.

Cadangan pengambilalihan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 9 Oktober lalu.

Lebuh raya yang terlibat dalam konsesi PLUS Expressways Bhd ialah Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia, Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Butterworth Kulim dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson. – FMT

Tags: halim saadkhazanah nasionallebuh rayaPLUS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UM Perjelas Punca Halang Graduan Sertai Konvokesyen

Next Post

Raja Perlu Dipersembah Nasihat Agar Fahami Situasi Semasa

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Bhd adalah atas usaha persendirian...

Next Post

Raja Perlu Dipersembah Nasihat Agar Fahami Situasi Semasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd