• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan Bawa Plakad Provokatif Dilarang Sertai Istiadat Konvo – UM

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan tidak dibenarkan menyertai sidang ketujuh Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-59 semalam kerana didapati membawa sekeping plakad yang dilipat mengandungi perkataan-perkataan bersifat provokatif.

Universiti Malaya dalam kenyataannya memberitahu, tindakan tersebut terpaksa diambil kerana tindak-tanduk graduan berkenaan disyaki berkemungkinan mengganggu kelancaran dan keharmonian istiadat.

Berdasarkan siasatan awal, kata kenyataan itu, graduan tersebut didapati menggunakan akaun Facebooknya untuk menghasut para graduan UM yang lain untuk turut serta dalam usaha beliau mendesak Naib Canselor meletakkan jawatan.

“Apa yang kami bimbangkan adalah usaha berbentuk hasutan dengan memainkan agenda perkauman ini bukan hanya berkemungkinan mengancam keselamatan Naib Canselor, tetapi lebih daripada itu menggugat ketenteraman dan kerukunan awam terutamanya di Universiti Malaya.

“Hasil pemeriksaan ke atas graduan terbabit yang dijalankan pagi semalam, pihak kami telah menemui sekeping plakad yang dilipat, dalam pemilikan graduan tersebut yang mengandungi perkataan-perkataan yang bersifat provokatif.

“Anggota polis bantuan UM telah meminta graduan terbabit menyerahkan plakad tersebut kepada mereka,” kata kenyataan itu.

Kelmarin seorang graduan Wong Kan Ye menunjukkan plakard mendesak Naib Canselor UM, Dr. Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan semasa istiadat konvokesyen berlangsung.

Berikutan insiden tersebut, Universiti Malaya telah memperketatkan kawalan keselamatan bagi memastikan Istiadat Konvokesyen yang merupakan istiadat utama universiti setiap tahun berjalan dengan selamat, lancar dan sempurna tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini.

“Anggota polis bantuan universiti telah melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap seorang graduan dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan yang dijadualkan menerima ijazah beliau pada sidang ketujuh Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-59 pagi semalam kerana disyaki berkemungkinan menganggu kelancaran dan keharmonian Istiadat,” kata kenyataan itu.

Pemeriksaan itu, menurut Universiti Malaya, telah dibuat sebelum sidang ketujuh tersebut bermula yang membawa kepada penemuan sekeping plakad yang dilipat mengandungi perkataan bersifat provokatif.

Penemuan tersebut memperlihatkan bahawa graduan tersebut mempunyai niat untuk menganggu perjalanan Istiadat Konvokesyen yang bakal berlangsung.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran dan ketenteraman Istiadat yang dihadiri oleh kira-kira 1500 tetamu termasuk para ibu bapa, para ahli akademik dan para graduan yang lain, graduan tersebut telah dibawa keluar dari Dewan Tunku Canselor dan tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen.

“Kami ingin sekali lagi menegaskan bahawa Universiti Malaya sentiasa mendukung prinsip kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, sebagai institusi pengajian tinggi yang memegang amanah besar untuk mendidik generasi masa depan, kami juga percaya bahawa kebebasan itu perlu dilengkapi dengan tanggungjawab.

“Justeru, apa jua tindakan berlandaskan prinsip tersebut perlu dilakukan pada tempat dan dengan cara yang sesuai,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: cinaDAPgraduankonvokesyenUniversiti Malaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Dewan Rakyat ‘Kosong’ Berulang

Next Post

“4 Bulan Saya Digantung Tak Bertali” – Lufya

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

"4 Bulan Saya Digantung Tak Bertali" - Lufya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd