• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Pekerja Bawahan Di Malaysia Terlalu Rendah

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ramai pekerja bawahan di negara ini dibayar gaji terlalu rendah berbanding yang diterima oleh golongan eksekutif tertinggi.

Memetik laporan Malaysiakini, Penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Muhammed Abdul Khalid berkata, mereka sepatutnya dibayar gaji lebih tinggi kerana banyak menyumbang kepada ekonomi dengan membelanjakan wang berbanding golongan kaya.

“Data daripada kerajaan menunjukkan kita bayar pekerja (di negara ini) jauh lebih rendah berbanding negara lain.

“Kita hanya bayar segelintir pekerja dengan gaji yang baik terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusan tertinggi yang dapat gaji berlipat kali ganda berbanding pekerja,” katanya.

Muhammed berkata demikian ketika berucap dalam satu forum berkaitan Belanjawan 2020 anjuran Kelab Undang-Undang dan Perakaunan Universiti Malaya (UM) malam tadi.

Berdasarkan statistik, kadar pampasan pekerja berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia pada 2018 adalah pada 35.7 peratus, Singapura (39.7 peratus) manakala di negaramaju pula antara 50 ke 60 peratus atau lebih tinggi.

Ketika ditanya bagaimana masalah berkenaan dapat diperbetulkan, Muhammed berkata, kerajaan tidak mempunyai pengaruh besar ke atas sektor swasta.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan Muhammed berkata, pihak pemaju perumahan sepatutnya mengurangkan harga rumah mengikut kuasa pasaran bagi menangani masalah perumahan mewah yang tidak terjual.

“Kami adalah ekonomi pasaran, jadi membolehkan pasaran menyesuaikan […] yang bermaksud satu-satunya perkara rasional untuk pemaju lakukan adalah untuk menurunkan harga mereka.

“Tidak perlu kerajaan campur tangan untuk menyelesaikan semua hartanah mewah ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Gajipakatan harapanpekerja bawahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd