• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dihukum Gantung Bunuh Rakan Tegur Masakan Tidak Sedap

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya dua tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Rosli Naqur Gani, 37, yang kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Hassan dalam penghakimannya berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah melalui keterangan tertuduh.

Mohamad Rosli yang berasal dari Perak didakwa membunuh rakan sekerjanya R. Devadas, 60, pada 17 April 2017 antara 1.50 pagi dan 11.50 pagi di rumah tidak bernombor di Estet Chuan Leng Rubber Estate, Bellenggu Halt, Mentakab dekat sini, selepas rakan sekerjanya itu menegur masakannya yang dikatakan tidak sedap.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, peguam Aedi Tajudin yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh mempunyai empat anak yang masih kecil dan bekerja di estet berkenaan dengan pendapatan hanya RM30 sehari.

“Tertuduh juga menyesal dengan perbuatannya dan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi contoh kepada masyarakat kerana perbuatan tertuduh tidak boleh dimaafkan.

“Tertuduh memukul mangsa pada petang dan malam dengan bongkah kayu serta sabit sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah dan mengalami pendarahan,” katanya.

Seramai 14 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh, memberi keterangan sepanjang prosiding perbicaraan.

Tags: Hukuman Gantungmasakanpekerja ladang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Hukuman Gantung Azilah Hadri Diganti Penjara 40 Tahun, 12 Sebatan. Bapa Altantuya Mohon Azilah Tak Digantung

Hukuman Gantung Azilah Hadri Diganti Penjara 40 Tahun, 12 Sebatan. Bapa Altantuya Mohon Azilah Tak Digantung

10/10/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd