• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Kecoh Komen ‘Kecil Besar, Gemuk Kurus’

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat kecoh selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin membuat komen mengenai rupa Azalina Othman (BN-Pengerang), menjawab komen pemimpin UMNO itu mengenai saiz timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ketika kejadian, Hanipa, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, sedang menggulung pembentangan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019, apabila Azalina minta mencelah.

Azalina bangun dan berkata beliau sedang memasang cermin mata tadi kerana nak tengok Hanipa dengan jelas, “yang kadang-kadang nampak kecil, yang kadang-kadang nampak besar.”

Hanipa membiarkan pemimpin UMNO itu menghabiskan hujahnya, dan kemudian bangun berkata Azalina “kadang-kadang nampak gemuk, kadang-kadang kurus. Macam Pengerang kejap nampak perempuan, kejap nampak lelaki.”

“Kamu menghina, YB. Jangan menghina,” balas Azalina, disusuli dengan wakil-wakil rakyat pembangkang yang mahu Hanipa menarik balik komennya.

Timbalan Speaker, Rashid Hasnon juga meminta Hanipa menarik balik komen itu.

“Timbalan menteri tarik balik kenyataan itu, minta ucapan dirumuskan elok-elok,” katanya.

Azalina dalam celahannya berhujah kerajaan wajar mengekalkan Akta Antiberita Tidak Benar, mengatakan ia undang-undang yang adil, membuat perbandingan dengan akta sepertinya di Singapura.

“Saya bandingkan dengan Singapura kerana di Singapura yang menentukan berita palsu ialah menteri…berbanding Malaysia yang mana RUU itu lebih adil kerana yang menentu mahkamah.”

“Di Malaysia, akta ini juga membenarkan mana-mana individu pergi mahkamah membuat rujukan sesuatu berita itu benar atau tidak benar,” katanya.

Dalam kekecohan mengenai jawapan balas Hanipa, Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) menyifatkan beliau seorang yang tidak bersekolah, manakala Awang Hashim (PAS-Pendang) berkata setiap jawapannya menimbulkan provokasi.

“Memandangkan jawapan timbalan menteri menimbulkan kekeliruan, saya cadangkan supaya menteri memberi jawapan bertulis sahaja, kita terus undi,” kata Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).

Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) juga mencelah, menyifatkan kata-kata Hanipa “seksis”, dan menggesanya menarik balik kenyataan itu.

“Saya nak balik Tumpat, saya malu,” sahut Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat), mengatakan dia malu dengan kenyataan timbalan menteri itu.

Hanipa kemudian mengakui kesilapannya, meminta maaf kepada Azalina dan menarik balik kata-katanya.

“Saya tarik balik, Pengerang. Kita kawan. Saya salah, saya minta maaf,” katanya.

Selepas hampir setengah jam kekecohan, Rashid mengarahkan semua wakil rakyat duduk dan meminta Hanipa menghabiskan ucapannya.

Hanipa berkata Akta Antiberita Tidak Benar perlu ditolak. – FMT

Tags: Ahli ParlimenAzalina OthmanDewan RakyatHanipa Maidin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd