• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Kecoh Kerana ‘Kodokushi’

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Istilah ‘kodokushi’ mencetuskan tuduh-menuduh antara blok kerajaan dan pembangkang pada sidang hari ini.

Istilah itu disebut oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 bagi menggambarkan keadaan ekonomi negara pada masa ini.

Malah beliau mendakwa Belanjawan 2020 juga akan menyumbang kepada masalah ekonomi yang boleh membawa kepada fenomena kodokushi itu.

Malah, katanya, dengan keadaan ekonomi negara pada masa ini, orang muda pun boleh terbabit dalam kodokushi kerana tekanan.

Kodokushi adalah bahasa Jepun bermaksud kematian seorang diri tanpa pengetahuan orang lain akibat kesempitan hidup.

“Ketika pembentangan Belanjawan 2020, pasaran saham sepatutnya naik tetapi perkara sebaliknya berlaku malah hari ini pun turun dua mata lagi. Di Jepun ada kodokushi dan belanjawan ini boleh membawa kepada kodokushi.

“Pasaran saham jatuh disebabkan mulut (kenyataan) Bagan (Menteri Kewangan, Lim Guan Eng). (Pelabur) tiada keyakinan terhadap kerajaan, terhadap Bagan,” katanya.

Ucapan Mahdzir itu menyebabkan beberapa wakil kerajaan bangun dan membantah dengan RSN Rayer (PH-Jelutong) mendakwa UMNO yang menyebabkan berlakunya kodokushi.

Mahdzir meneruskan serangan terhadap Belanjawan 2020 apabila menyifatkan ia dibentangkan oleh DAP sebelum Rayer sekali lagi mempertikaikan kenyataan bekas Menteri Pendidikan itu.

“Kenapa bangkit isu seperti ini, Yang Berhormat Padang Terap sudah tiada modal ke? Adakah begini cara seorang bekas menteri?” soalnya.

Mahdzir meninggikan suara meminta blok kerajaan jangan emosional dalam hal itu.

Rayer turut mendapat sokongan daripada P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) dan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang menegaskan Belanjawan 2020 adalah pembentangan kerajaan bukan pemimpin mana-mana parti.

Terdahulu, Mahdzir meminta kerajaan menumpukan kepada peruntukan kepada petani dan pesawah. – BH Online

Tags: belanjawan 2020Dewan Rakyatkodokushi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd