• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul, Rakyat Berhak Hentam Kerajaan

oleh
23/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta tidak menyalahgunakan kuasa menutup mulut rakyat yang menghentam kerajaan.

Ini kerana, rakyat berhak untuk menghentam kerajaan yang tidak betul, kata pemerhati politik, Dr. Novandri Hasan Basri.

“Ohh….sudah tentu. Mana boleh dibiarkan begitu saja. Dan benar…adalah hak rakyat untuk hentam kerajaan yang tidak betul. Cuma kita minta, jangan salah guna kuasa untuk tutup mulut rakyat,” katanya.

Dr. Novandri mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkata, sesiapa sahaja boleh mengkritik kerajaan sekiranya melakukan perkara tidak betul.

Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk mengkritik kerajaan termasuklah media yang selalu mengkritik PH.

“Kalau kita buat tak betul, hentamlah. Selain daripada media semuanya hentam kerajaan takkan nak hentam parti lawan. Mereka tidak buat apa, hentam sahaja,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menyebabkan banyak kerosakan dalam masa yang singkat.

Dakwa beliau, Kabinet PH tidak efektif dan tidak ada kredibiliti kerana terpalit dengan pembohongan manifesto dan janji-janji palsu.

“Yang berjawatan menteri agama pun boleh jadi hipokrit apatah lagi yang lain. Dahulu bantah kenaikan harga petrol tapi sekarang zip mulut hipokrit.

“Atok DAP yang sebelum ini mendakwa negara kehilangan RM100 bilion semasa PM-4, sudah liwat prinsipnya sendiri. Kewayangan yang sering spin status kewangan dan ekonomi negara, kerap dikantoikan oleh Datuk Seri Najib Razak hingga apakah masih ada yang percaya Kewayangan lagi?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hutang negara semakin bertambah dan aset-aset negara dijual sesuka hati.

Tambahnya, rakyat semakin tertekan, apatah lagi harga petrol dan air akan dinaikkan.

Dakwa Dr. Novandri, Kerajaan PH tidak ada rancangan untuk membendung impak negatif daripada kenaikan harga barangan dan lain-lain. – MalaysiaGazette

Tags: Kerajaan Pakatan HarapanRakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab”

Next Post

Rakyat Malaysia Jujur Tarik Diri Sebagai Penerima PSP

Related Posts

MoF Terbit Kenyataan Pra-Belanjawan 2026, Rakyat Diajak Beri Cadangan

MoF Terbit Kenyataan Pra-Belanjawan 2026, Rakyat Diajak Beri Cadangan

08/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengeluarkan Kenyataan Pra-Belanjawan 2026 dan meluncurkan Portal Cadangan Belanjawan 2026 sebagai langkah penyediaan...

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

27/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Rakyat Malaysia Jujur Tarik Diri Sebagai Penerima PSP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd