• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Setiausaha Pejabat Perbendaharaan Didakwa Rasuah, Menipu

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Setiausaha Pejabat di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pilihan menipu berhubung penjualan hartanah di Hong Kong tahun lalu.

Tertuduh Rohaya Sabot, 39, membuat pengakuan itu selepas kelima-kelima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad. 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai Setiausaha Pejabat yang bertugas di Pejabat Timbalan Ketua Setiauasaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan Malaysia didakwa telah meminta suapan berjumlah RM3 juta daripada Wan Mohamad Wan Yusuf. 

Wang itu adalah sebagai dorongan iaitu membantu Wan Mohamad selaku wakil bagi Syarikat Allied Vantage International Group Limited (AVL) dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset kerajaan iaitu Bangunan Malaysia yang beralamat di 47-50, Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di PappaRich Ayer@8 Lot B2-G-2 Ayer 8, Presint 8, Putrajaya pada 25 November 2018.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa sebagai jawatan sama, masing-masing menerima RM50,000 daripada individu sama melalui akaun CIMB bank dan RM3,000 melalui deposit tunai ke Maybank Islamic Berhad miliknya sebagai dorongan yang sama. 

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad AL-Idrus Cawangan Kuching, di Wisma Satok, Tingkat 1, Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching, Sarawak masing-masing pada 14 Disember dan 26 Disember 2018 yang didakwa mengikut seksyen dan hukuman yang sama. 

Sementara itu Rohaya juga turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan iaitu menipu individu sama dengan memperdaya mangsa mempercayai bahawa tertuduh boleh membantu syarikat sama dapat dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset yang sama. 

Perbuatan itu telah mendorong mangsa memasuk dan memindahkan masing-masing RM50,000 dan RM3,000 dari akaun CIMB Bank ke Maybank Islamic milik tertuduh di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zander Lim Wai Keong yang memohon  jaminan sebanyak RM20,000 bagi kesemua pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius. 

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Ravin Jay memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah iaitu sebanyak RM10,000 dengan alasan tertuduh mempunyai gaji hanya RM5,500 selain  menanggung bapa yang uzur dan mempunyai komitmen pinjaman. 

Selepas mendengar permohonan kedua-dua permohonan kedua-dua belah pihak Azman kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin  sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melaporkan di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada Februari lalu, tertuduh direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah  tender penjualan hartanah milik kerajaan di Hong Kong.

Tertuduh juga telah menerima sebahagian wang terbabit daripada wakil syarikat untuk meminta persetujuan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai dorongan untuk meluluskan tender penjualan hartanah terbabit.

Tags: kementerian kewanganmenipurasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

14 Artis Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Indonesia

Next Post

Dr. Afifi Ulama Melayu Pertama Oxford, Fatwa Rujukan Dunia

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran...

Next Post

Dr. Afifi Ulama Melayu Pertama Oxford, Fatwa Rujukan Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd