• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Rogol, Rakam Gambar Bogel Anak Dipenjara 202 Tahun

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara berjumlah 202 tahun dan 23 sebatan selepas mengaku bersalah atas 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak perempuan tirinya berusia 15 tahun sejak 2016.

Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Julie Lack Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 36 tahun itu apabila membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah, di sini hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bagi setiap kategori kes serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada September lalu yang menjadikan tempoh penjara kepada 38 tahun.

Pada 11 Oktober lalu, bapa durjana itu hanya mengaku bersalah terhadap enam daripada kesemua pertuduhan berkenaan dan mengaku tidak bersalah bagi 16 lagi pertuduhan sebelum menukar pengakuan ketika prosiding keputusan yang ditetapkan hari ini.

Dia didakwa atas 14 pertuduhan merogol, lima pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul, dua pertuduhan mencabul kehormatan ketika remaja itu berusia 12 tahun dan satu pertuduhan merakam gambar bogel.

Lelaki itu didapati melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah di Sitiawan, Manjung, antara April 2016 sehingga 29 September lalu.

Bagi kesemua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C, 376B (1), 377CA, 354, 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai memandangkan kejadian itu menyebabkan trauma terhadap mangsa dan mempengaruhi mangsa secara emosi.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gannarajan, memohon hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan kos dan masa mahkamah.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 23 sebatan bagi kesemua kes itu.

Mengikut fakta kes, kesemua kesalahan dilakukan tertuduh terbongkar apabila ibu mangsa menemui kad memori SD yang mengandungi gambar mangsa dalam keadaan bogel sebelum laporan polis dibuat.

Polis menahan tertuduh pada 30 September lalu.

Tags: bapa rogol anakGambar BogelHukuman Penjararakam gambar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd