• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Renang Sarawak Ditemui Mati

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Atlet renang Sarawak, Ayrton Lim, ditemui mati di kediaman keluarganya di Tabuan Laru, di sini, hari ini.

Atlet berusia 19 tahun berkenaan ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah oleh ibunya yang kemudian membuat panggilan telefon kepada pihak polis kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata atlet itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan pihaknya.

“Menurut ibunya, anaknya dalam masa tiga hari ini mengalami kemurungan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Awang Din berkata siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke HUS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Lim sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan dikatakan pulang dari menjalani latihan di Singapura.

Tags: atlet renang sarawakAyrton limditemui mati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Kemurungan Ditemui Mati

19/07/2018
0

IPOH - Seorang guru wanita yang dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan ditemui mati selepas jatuh dari tingkat lima sebuah pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd