• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanah Begitu Setia Kepada DAP – Mufti Perlis

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik hubungan Amanah dengan DAP, mengatakan parti serpihan PAS itu begitu setia dengan rakannya dalam Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu wawancara dengan pendakwah kontroversi, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, beliau berkata Amanah dilihat mengikut pendirian DAP dalam pelbagai isu dan berdiam diri daripada mengulas isu yang dikaitkan dengan masyarakat Islam.

“Kelihatannya Amanah akan senyap atau mencari alasan untuk membelanya (DAP) secara langsung atau tidak langsung.

“Saya juga kagum kerana saya tidak melihat isu-isu yang merunsingkan umat Islam, mereka keluarkan pandangan walaupun kadang-kadang isu itu ada kepentingan untuk PH,” katanya.

Asri memetik kontroversi pengedaran komik Inisiatif Jalur dan Laluan dan penangkapan individu yang didakwa ada hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), mengatakan tiada apa-apa yang didengar mengenai perkara itu.

“Tetapi Zakir Naik, kita (dengar). Mereka serius hampir sama dengan kenyataan DAP,” katanya ketika ditanya Zamri jika masyarakat Islam boleh mempercayai Amanah.

Asri juga berkata beberapa pemimpin bukan Islam PH, terutamanya dari DAP, mengubah sikap mereka selepas berkuasa. Beliau menggambarkan mereka sekarang sebagai “tergopoh-gopoh” dengan bersikap tegang terhadap umat Islam.

“Apabila mereka memperoleh kuasa, sikap mereka menjadi sangat berbeza. Kenyataan yang dikeluarkan setiap hari semuanya seolah-olah dalam permusuhan dengan masyarakat Islam, yang tidak berniat menjadi musuh pada awalnya.”

Katanya, beliau juga merupakan pengkritik lantang kerajaan Barisan Nasional dan menyokong perubahan dalam pentadbiran.

Beliau juga berkata beliau mempunyai hubungan mesra dengan DAP sebelum pilihan raya umum ke-14, sambil menambah bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah menjemput beliau berkhidmat di bawah kerajaan negeri itu.

Beliau berkata kritikan adalah penting untuk memastikan kesilapan yang lalu tidak berlaku lagi, dan memberi amaran kepada rakyat agar tidak mengikut kerajaan atau mana-mana parti politik secara membabi buta. – FMT

Tags: AmanahDAPMohd Asri Zainul Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

AMANAH Kenal Pasti Kawasan Berpotensi, Sedia Letak Calon Untuk PRN Sabah

AMANAH Kenal Pasti Kawasan Berpotensi, Sedia Letak Calon Untuk PRN Sabah

31/08/2025
0

TUMPAT: Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah mengenal pasti kawasan berpotensi untuk ditandingi selain bersedia meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd