• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Golongan B40 Miliki 6 Buah Kereta – Mahathir

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kajian sistem subsidi petrol bersasar, Program Subsidi Petrol (PSP) mendapati sebahagian golongan berpendapatan rendah (B40) di negara ini memiliki enam buah kereta.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, golongan itu kemudiannya menikmati subsidi petrol yang diberikan kerajaan selama ini.

“Kita mendapati setelah dikaji ada orang di bawah B40 memiliki sehingga enam kereta dan dapat menikmati subsidi petrol.

“Sebab itu sekarang kita beri satu kereta sahaja kalau mereka daripada B40. Kita tak boleh bagi subsidi kepada orang kaya.

“Kita lihat subsidi lama, (mereka) yang guna Rolls-Royce dapat subsidi, tak akan kita nak sokong,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, tegas Dr. Mahathir, pelaksanaan PSP dirangka oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) khusus untuk golongan B40 yang memiliki sebuah kenderaan di bawah 1,600cc.

“Ini bantuan tepat kepada mereka yang perlu bantuan, bukan orang ada Roll-Royce, ada dua tiga buah pun dapat subsidi daripada kerajaan,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada PSP bermula 1 Januari tahun depan.

Jelas Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, PSP itu membabitkan kadar subsidi 30 ringgit sebulan bagi kereta dan 12 ringgit sebulan bagi motosikal.

Tags: Mahathir MohamadPSPsubsidi petrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd