• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

90% Penduduk Kampung Baru Setuju Tawaran Kerajaan

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kira-kira 700 hingga 800 borang daripada penduduk Kampung Baru berhubung pembangunan semula kawasan itu.

Beliau berkata daripada jumlah borang itu, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan. 

“Setakat ini, kita dimaklumkan telah ada 700 hingga 800 borang yang dikembalikan kepada pihak PKB dan daripada jumlah itu, lebih 90 peratus setuju dengan tawaran yang dikemukakan kerajaan,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC), malam ini.

Mengenai terdapat pihak yang meletakkan kadar sehingga RM2,000 bagi setiap satu kaki persegi di kawasan itu, Khalid menegaskan kadar yang telah ditawarkan kerajaan adalah berpandukan kepada penilaian yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

“Ia merupakan harga yang berdasarkan penilaian profesional.

“Kampung Baru terbuka kepada sesiapa, siapa sekalipun boleh buat tawaran bukan sekadar kementerian dan kerajaan, mana-mana pihak yang rasa harga tanah RM2,000 (bagi setiap satu kaki persegi) dan ada kemampuan dia boleh beli, tidak ada siapa yang halang,” katanya. 

Tags: Kampung BaruKhalid Samadpenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

13/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ekoran akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd