• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

59% Pinjaman Baharu Kerajaan Untuk Bayar Hutang – PAC

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2018 mendedahkan sejumlah 59 peratus pinjaman baharu kerajaan adalah untuk membayar hutang kerajaan terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Negara (PAC), Datuk Noraini Ahmad berkata, laporan Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid turut menyuarakan kekhuatiran beliau berhubung keputusan kerajaan mendahulukan bayaran balik pinjaman dijamin dan matang bernilai RM2.839 bilion bagi pihak lima syarikat bertujuan khas (SPV) kerajaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, RM1.7 bilion dibayar kerajaan terdahulu, manakala RM1.086 bilion dibayar kerajaan semasa.

“Ketua Audit Negara juga memaklumkan 59 peratus pinjaman baharu kerajaan adalah untuk membayar hutang kerajaan.

“PAC turut berpendapat kerajaan perlu menetapkan penubuhan syarikat SPV mengikut kemampuan dan daya upaya syarikat untuk membayar kembali jaminan kerajaan pada masa hadapan,” katanya kepada media selepas sesi taklimat Ketua Audit Negara kepada ahli Jawatankuasa PAC mengenai laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2018 di Parlimen hari ini.

Noraini berkata, susulan teguran dan kekhuatiran Ketua Audit Negara itu, pihaknya dimaklumkan pembentangan laporan mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 buat pertama kalinya diberikan sijil bersih, tetapi dengan penekanan Emphasize of Matters (EOM).

Menurutnya, pemberian sijil bersih dengan penekanan EOM itu tidak pernah diberikan terhadap kerajaan terdahulu.

Dalam perkembangan lain, Noraini menegaskan, Ketua Audit Negara turut mengesahkan jumlah keseluruhan hutang kerajaan Persekutuan bernilai RM1,021 trilion.

Menurutnya, berdasarkan pecahan itu, hutang negara bernilai RM741.049 bilion, manakala komitmen kewangan lain berjumlah RM280.171 bilion.

Tags: Ketua Audit Negaralaporan auditPACPinjaman Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd