• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Maut Kereta Langgar Bas Dekat Istana Besar Johor

oleh
23/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lima pemuda maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah bas awam di KM 1.7 Jalan Skudai-Pantai Lido berhampiran Istana Besar Johor, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata kejadian kira-kira 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu kereta terbabit, yang berumur 18 tahun dan berasal dari Taman Setia Indah, di sini, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Kesemua empat penumpangnya pula iaitu Liew Hong Jun, Danny Law Yen Pin dan Ng Qi En kesemuanya berumur 18 tahun serta Kenny Law Chin Shyuan, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kemalangan di jalan dua hala itu berlaku dalam keadaan cuaca baik, namun, permukaan jalan itu basah dan licin selepas hujan pada awal pagi tadi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira Aeroback dari arah pusat bandar menghala ke Skudai itu terbabas melanggar tembok pembahagi jalan sebelah kanan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar bas SKS Causeway Link dari arah Skudai menghala ke pusat bandar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahurinain berkata kejadian turut menyebabkan kereta berkenaan berpusing dan terlanggar pagar Istana Besar Johor.

Beliau berkata pemandu bas, seorang lelaki berumur 60 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mayat kesemua mangsa dibedah siasat di HSA, tengah hari ini.

Kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Tags: kemalangan mautkereta terbabaslanggar bas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bersatu Desak DAP Nyata Pendirian Mengenai Ronnie Liu

Next Post

Speaker Tolak Usul Bahas Haramkan Komik Propaganda

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

1 Maut, 14 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Nahas 2 Kenderaan

1 Maut, 14 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Nahas 2 Kenderaan

01/04/2025
0

Kluang: Kegembiraan dua keluarga berhari raya berakhir tragedi selepas seorang peniaga maut, seorang parah dan 13 lagi cedera dalam kemalangan...

Next Post

Speaker Tolak Usul Bahas Haramkan Komik Propaganda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd