• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Daripada 6 Suspek Bunuh Gajah Pygmy Dibebaskan

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Lima daripada enam suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, baru-baru ini, dibebaskan dengan jaminan polis, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor.

Manakala seorang lagi, yang merupakan pendatang haram dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan di bawah Seskyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

“Lima orang yang dibebaskan dengan jaminan ini pun akan terus diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mereka (JHL) menyiapkan kertas siasatan,” katanya.

Pada 3 Oktober lalu, keenam-enam suspek terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang pendatang haram ditahan reman empat hari, sebelum reman mereka disambung dua hari lagi yang berakhir hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris berkata, pihaknya kini sedang meneliti dokumen berkaitan kes itu dan sebarang maklumat akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, hari ini di Mahkamah Sesyen, seorang lelaki Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak memiliki pas atau permit sah menduduki negara ini.

Tertuduh, Osman Ghafar, 48, membuat pengakuan itu dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi (bersidang sebagai Hakim Mahkamah Sesyen), Amir Shah Amir Hassan, selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Osman didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Felda Umas, Kalabakan pada 1.30 pagi, 2 Oktober lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Amir Shah kemudian menetapkan 22 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Komisioner Dayan Nur Azarinahwaty Ag Kachee.

Tertuduh yang juga buruh kasar antara enam lelaki ditahan polis dalam Ops Khazanah pada 2 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes gajah ditemui mati di Sungai Udin oleh sekumpulan pemancing pada 25 Oktober dan sehari kemudian JHL mengesahkan perkara berkenaan.

Tags: Gajah Pygmypembunuhan kejampendatang haram
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kor Ming Disoal Siasat Polis Dakwaan Hina Sultan Selangor

Next Post

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

Related Posts

Upah RM21,000, Kerja Angkut Pendatang Haram Ke KL

Upah RM21,000, Kerja Angkut Pendatang Haram Ke KL

18/05/2024
1

Putrajaya : Guna kereta Perodua Myvi bagi mengangkut dan memindahkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Bangladesh dari Kelantan ke...

Pergelangan Kaki Belakang Bangkai Gajah Pygmy Dipotong

05/11/2019
0

KINABATANGAN - Kedua-dua pergelangan kaki belakang bangkai gajah pygmy, yang ditemuI terapung di Sungai Kinabatangan kelmarin, didapati dipotong dengan objek...

Next Post

Lebih Baik BR1M Daripada PSP 'RM1 Sehari'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd