• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lebuh Raya Gamuda Akan Diswastakan – Mahathir

oleh
12/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Butiran terperinci membabitkan cadangan pengambilalihan lebuh raya akan diputuskan kemudian, kata Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut perdana menteri, setakat ini kerajaan telah mengenal pasti kawasan bandar dan luar bandar yang terbabit dalam usaha tersebut.

“(Semua) butiran terperinci mengenainya akan diputuskan kemudian,” kata beliau kepada media selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ketika membentangkan belanjawan itu, Lim berkata Kabinet akan menimbangkan kesemua cadangan termasuk daripada Khazanah Nasional Bhd. untuk mengambil alih atau melupusan kesemua kepentingan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS).

Ditanya mengenai pengambilalihan empat lebuh raya daripada Gamuda Bhd., Mahathir berkata kesemua lebuh raya terbabit akan diswastakan.

Beliau turut menegaskan bahawa kadar diskaun tol yang akan dikenakan juga adalah lebih rendah iaitu sekurang-kurangnya 18% secara purata.

“Ini belum dapat dipastikan lagi, namun kita telah menyatakan bahawa diskaun itu sekurang-kurangnya 18% lebih rendah,” katanya ketika ditanya sama ada pengurangan itu akan dilaksanakan selepas pengambilalihan PLUS atau serta-merta pada 2020.

Dalam Belanjawan 2020 itu, Lim berkata kerajaan telah mencadangkan diskaun sebanyak 18% secara purata di semua lebuh raya milik PLUS.

Kadar diskaun itu bagi Lebuh Raya Utara Selatan akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM1.13 billon pada 2020 dan RM43 bilion sepanjang tempoh konsesi itu sehingga 2038, kata Lim dan menambah bahawa kerajaan akan meneruskan cadangan untuk mengambil alih empat lebuh raya milik Gamuda.

Menurutnya, pengambilalihan itu, yang mana pengumuman pertama dibuat oleh kementerian kewangan pada Jun, telah diluluskan oleh Kabinet.

Sementara itu pada sidang media kemudiannya, Lim berkata cadangan pelupusan kepentingan tol tidak akan menambah bebanan negara atau dari segi caj perkhidmatan hutang.

“Ini bermakna, kutipan daripada tol itu sahaja sudah memadai untuk membayar hutang yang ada. Itulah syaratnya,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mahathir berkata kerajaan tidak menerima sebarang ‘kenyataan rasmi’ daripada India susulan laporan media mengenai hasrat New Delhi mengehadkan import produk sawit Malaysia dan produk lain.

“Itu cuma laporan tetapi kita belum menerima apa-apa kenyataan rasmi,” katanya.

Tags: Gamudalebuh rayaMahathir MohamadPLUS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Gembira, Hampir Semua Dapat Sesuatu – Mahathir

Next Post

Belanjawan 2020 Tidak Capai Matlamat – Najib

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Bhd adalah atas usaha persendirian...

Next Post

Belanjawan 2020 Tidak Capai Matlamat - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd