• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut Langgar Tiang Konkrit Jatuh Atas Jalan

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Dua lelaki maut manakala lapan individu terselamat dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di KM256.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini malam tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 9.30 malam itu, pemandu Honda City, Leong Woei Ser, 34, dan penumpang, Cheah Kim Seng, 60, maut di tempat kejadian.

Dua lagi penumpang, Cheah Mee Yee, 27 dan Cheah Mun Yee, 30, parah dan kini sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Kemalangan membabitkan dua buah treler termasuk sebuah membawa muatan tiang konkrit, Honda City yang dinaiki mangsa, Perodua Axia, Nissan Sylphy, Proton Iris dan Mercedes Benz.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kemalangan maut itu berlaku apabila treler membawa muatan tiang konkrit dipercayai hilang kawalan menyebabkan muatannya terpelanting hingga menghempap kenderaan mangsa.

“Siasatan awal mendapati treler yang membawa 18 tiang konkrit dalam perjalanan menuju ke arah utara. Brek kenderaan itu dipercayai tidak berfungsi menyebabkan ia hilang kawalan ketika menuruni bukit.

“Setibanya di tempat kejadian, treler tersebut cuba mengelak daripada melanggar kenderaan di hadapannya dengan mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan lalu mengakibatkan muatan tersebut jatuh,” katanya.

Menurutnya, dua tiang terpelanting ke laluan bertentangan ke arah selatan dan salah satu tiang menghempap kenderaan mangsa yang berada di lorong kanan.

“Tiang tersebut bergolek lalu dilanggar Perodua Axia sebelum dirempuh treler di lorong kiri.

“Tiang kedua pula telah terjatuh lalu dilanggar oleh Nissan Sylphy lalu patah dua sebelum dilanggar oleh Proton Iris serta Mercedes Benz,” katanya.

Razali berkata, 12 tiang konkrit jatuh berselerak di laluan menuju ke utara manakala empat tiang lagi tertinggal di atas treler berkenaan.

“Treler tersebut berjaya berhenti di susur Hentian Rehat Sungai Perak. Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

“Kemalangan juga menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang. Pemandu treler telah ditahan dan ujian urin didapati negatif,” katanya.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: kemalangan mautLebuhraya Utara Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd