• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waran Tangkap Tanpa Jaminan Baharu Terhadap Zakir Naik

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUMBAI – Mahkamah khas di India semalam mengeluarkan satu waran tangkap tanpa jaminan (NBW) yang baharu ke atas penceramah bebas warga India, Dr. Zakir Naik.

Menerusi laporan lapor NDTV.com, ia berhubung dakwaan bagi kes pengubahan wang pada 2016.

Waran berkenaan dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Akta Pencegahan Pengubahan Wang (PMLA), PP Rajvaidya berikutan rayuan difailkan Direktorat Penguatkuasaan (ED) yang menyiasat kes tersebut.

Minggu lalu, melalui peguamnya, Dr. Zakir mengemukakan rayuan meminta tempoh dua bulan untuk hadir ke mahkamah berkenaan.

Bagaimanapun rayuan beliau itu telah ditolak.

Pada Isnin, ED memfailkan rayuan baharu bagi mendapatkan NBW.

ED mendakwa telah mengenal pasti wang berjumlah INR193 (RM11.36 juta) sebagai hasil pengubahan wang didakwa dilakukan pada 2016.

Dr. Zakir, 53, merupakan seorang penceramah TV popular meninggalkan India pada 2016 dan berpindah ke negara ini.

Beliau juga kini merupakan seorang pemastautin tetap di Malaysia.

Pada 2016, ED menyaman Dr. Zakir berdasarkan laporan difailkan Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Tidak Sah (UAPA).

Pendakwah itu dikehendaki kerana dakwaan pengubahan wang dan hasutan ekstremisme melalui ucapan beliau.

Sebelum ini, satu NBW telah dikeluarkan ke atasnya berkait satu kes pengubahan wang.

Pada Julai tahun ini, mahkamah mengeluarkan satu saman terhadap Zakir Naik selepas mengambil kira aduan yang difailkan oleh ED terhadap peniaga barang kemas berpangkalan di Dubai, Abdul Kadir Najmudin Sathak atas dakwaan membantu pendakwah itu mengumpul dan menggelapkan dana.

Sebelum ini, agensi itu telah menyita hartanah milik Dr. Zakir, termasuk Sekolah Islam Antarabangsa di Chennai, 10 flat, tiga gudang, dua bangunan dan tanah di Pune dan Mumbai, selain akaun bank. – Agensi

Tags: penceramah bebaswaran tangkapwarga indiaZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Sebar Video Aib Isteri Tidak Miliki Tauliah Beri Ceramah Agama Sejak 2022

Lelaki Sebar Video Aib Isteri Tidak Miliki Tauliah Beri Ceramah Agama Sejak 2022

06/07/2025
0

SHAH ALAM: Tauliah mengajar agama penceramah bebas yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes penyebaran video seks isterinya, ditarik...

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd