• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Seks: NGO Gesa Sultan Selangor Nasihat Azmin Letak Jawatan

oleh
06/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan laporan forensik yang dijalankan syarikat United Kingdom berhubung video seks sejenis yang menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

Presiden Pertubuhan Bangkit Shahrin Azlan berkata penularan video berkenaan ternyata memalukan negara kerana Azmin merupakan anggota Kabinet kerajaan.

“Kita mohon Sultan Selangor campur tangan, dia (Azmin) ADUN di Selangor, DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak yang terletak di dalam Selangor dan kita harap pihak istana dapat mempertimbangkan agar sultan nasihatkan Azmin supaya meletak jawatan dalam Kabinet.

“Kita sudah serahkan satu lagi laporan forensik kepada Sultan Selangor dan 3 hari lalu kita sudah serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan minggu lepas kepada Perdana Menteri (Dr. Mahathir Mohamad),” katanya pada sidang media di depan Istana Bukit Kayangan.

Sebelum itu, beliau bersama Pengerusi Gerak Padu Selangor, Muhamad Faisal Sufar menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor dan diterima oleh Setiausaha Sulitnya, Munir Bani.

Shahrin berkata gesaan terbarunya ini susulan tiada tindakan daripada Mahathir terhadap Azmin.

“Hari ini cukup seminggu dan tiada tindakan daripada perdana menteri, kami rakyat Selangor sungguh kecewa, kita terkilan kerana tiada tindakan diambil oleh perdana menteri.

“Ini isu integriti negara, seorang ADUN, wakil rakyat, ahli Parlimen, memalukan dan mengecewakan kerana tiada tindakan diambil,” katanya.

Shahrin berkata, pihaknya turut berharap pihak yang terlibat diheret ke mahkamah demi mencari kebenaran.

Beliau berkata jika masih tiada tindakan dalam tempoh seminggu, NGO itu akan menyerahkan memorandum yang sama ke setiap kementerian, selain mengedarkannya ke kawasan Parlimen Gombak yang dimenangi Azmin.

Pada 12 Jun lalu, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengakui terbabit dalam video seks sejenis itu dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi ia dinafikan timbalan presiden PKR itu yang menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Susulan itu, polis menahan Haziq sebanyak dua kali pada Jun dan Julai lalu bagi membantu siasatan kes video seks sejenis itu.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pada 18 Julai lalu berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mengesahkan video seks sejenis itu adalah tulen, tetapi ia tidak dapat mengecam individu yang dikatakan mirip seorang menteri itu.

Tetapi, laporan ringkasan Verden Forensics menyatakan klip video seks sejenis itu tulen dan 2 individu terbabit sama dengan gambar mereka. – FMT

Tags: Mohamed Azmin AliNGOseks sejenisSultan Selangorvideo seks
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Beli, Ambil Produk Skinny Lolita, Xtreme Candy – KKM

Next Post

Amah Didakwa Pijak Bayi Baru Lahir Hingga Mati

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

Amah Didakwa Pijak Bayi Baru Lahir Hingga Mati

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd