• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Seks: Beberapa Arahan Lanjut Sudah Di Terima Polis

oleh
02/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya telah menghantar kes siasatan video seks yang mengaitkan seorang Menteri Kabinet kepada Peguam Negara (AG) untuk dirujuk dan telah menerima beberapa arahan lanjut.

Bagaimanapun tidak ada maklumat terperinci arahan lanjut didedahkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sudah menjalankan siasatan ke atas beberapa kes menarik perhatian umum sejak 11 Jun lalu.

Antara yang telah disenaraikan termasuk isu video di kumpulan WhatsApp jemputan raya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tular di laman sosial yang disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998.

“Kertas siasatan ke atas kes ini sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan beberapa arahan lanjut sudah diterima.

“Pihak polis juga menerima satu laporan analisa video oleh Verden Forensics United Kingdom daripada Datuk Lokman Noor Adam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada Julai lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat oleh CyberSecurity Malaysia adalah negatif bagaimanapun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi.

“Hasil siasatan PDRM juga mendedahkan wujud pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

“Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat terbabit, dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” katanya.

Abdul Hamid tidak mendedahkan individu yang cuba diaibkan namun Mohamed Azmin dikaitkan dengan video berkenaan.

Sehari selepas video itu tersebar bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku sebagai salah seorang pelaku.

Lokman yang mendakwa mempunyai laporan analisis video ‘semburit’ itu juga telah dihantar oleh polis ke Cybersecurity Malaysia untuk diteliti.

Menurut laman web Verden Forensics, syarikat berpangkalan di Birmingham, United Kingdom itu menjalankan analisis forensik dalam bidang multimedia dan peranti mudah alih bagi kes jenayah, sivil serta sektor swasta.

Tags: Haziq AzizMohamed Azmin AliSeks Luar Tabiivideo seks
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Cemar Duli Ziarah Mangsa Kebakaran Di Tawau

Next Post

Warganet Nafi Boikot Produk Bukan Islam

Related Posts

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

Bekas Mudir Tidak Mengaku Lakukan Seks Luar Tabii

22/02/2024
0

BUTTERWORTH - Bekas mudir sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks luar...

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Next Post

Warganet Nafi Boikot Produk Bukan Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd