• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upin & Ipin Menang Filem Cetera Terbaik Di Kanada

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Produk tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mencipta sejarah apabila diangkat sebagai pemenang anugerah Filem Cetera Terbaik Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (Animaze) di Montreal, Kanada.

Syarikat Les Copaque Production dalam satu kenyataan berita gembira itu melalui Instagram rasmi mereka.

“Tahniah filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dipilih sebagai pemenang Filem Festival Animasi Antarabangsa Montreal 2019 (Animaze) dalam kategori filem cetera,” kata kenyataan itu.

Animaze, sebuah festival filem antarabangsa berpangkalan di Montreal dianjurkan bagi mengiktiraf karya animasi dari seluruh dunia.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bersaing dengan 65 filem animasi dari seluruh dunia pada acara tahunan itu untuk merebut gelaran berkenaan.

April lalu, filem diarahkan tiga sutradara, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli itu mengutip RM25 juta selepas 21 hari tayangan dengan jumlah penonton mencecah dua juta orang.

Pencapaian itu membolehkan naskhah berkenaan mencatat rekod sebagai sebagai filem animasi yang meraih kutipan tertinggi di pawagam tempatan, menewaskan judul antarabangsa, Incredibles 2.

Pangkalan Movie Internet Database (IMDb) salah satu sumber popular berkaitan filem di dunia menilai Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dengan skor 8/10.

Tags: filem animasikeris siamang tunggalUpin & Ipin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ejen Ali The Movie Ditayangkan Di Indonesia 1 Januari

27/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Filem animasi ketiga Malaysia tahun ini, Ejen Ali The Movie bakal menggegarkan pawagam Indonesia bermula 1 Januari...

Ejen Ali The Movie Raih Kutipan RM20 Juta

13/12/2019
0

FILEM animasi Ejen Ali The Movie menjadi penanda aras kejayaan Primeworks Studio apabila meraih kutipan RM20 juta sepanjang dua minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd