• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Bertanggungjawab Keluar Fatwa Mensyahidkan Orang – KPN

oleh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyelar tindakan individu yang membuat kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung kejadian polis menembak mati seorang lelaki yang menetak dua rakan sekerjanya di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Walaupun tidak menamakan individu terbabit, beliau dipercayai merujuk kepada seorang pemimpin sebuah pertubuhan politik yang dilaporkan dalam satu ceramah menyifatkan kematian lelaki itu sebagai syahid.

Abdul Hamid berkata, pihaknya mengambil berat kenyataan tersebut dan telah mengarahkan polis untuk membuka kertas siasatan dan akan memanggil pihak terbabit untuk diambil keterangan.

“Berhubung kes di Pulau Pinang, ada lagi orang yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan fatwa dia sendiri mensyahidkan orang tersebut. Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mengambil berat perkara ini sebab sekiranya apa yang dikatakan itu, orang itu mati syahid, jadi apa pula kedudukan anak buah saya yang telah menembak untuk menyelamatkan keadaan, apakah kedudukan pegawai-pegawai saya yang mengambil tindakan tersebut, kafir ke” soal beliau pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia 2019 di sini, hari ini.

Katanya, kenyataan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana dikeluarkan mengikut kata hati sendiri tanpa memikirkan fakta sebenar dalam kejadian yang berlaku.

Abdul Hamid berkata pegawai dan anggota polis telah mengambil langkah itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada dan sekiranya tindakan tersebut tidak diambil ia berisiko menjadi tragedi yang lebih buruk.

“Saya sudah beritahu sebelum ini insiden tersebut tidak ada kena-mengena dengan perkara yang dikatakan itu. Individu tersebut sudah naik menjadi seorang yang ekstrem, pelampau dan radikal kerana taksub melihat video keganasan dalam sosial media,” katanya.

Abdul Hamid turut mengingatkan masyarakat khususnya ibu bapa untuk sentiasa memantau aktiviti anak-anak agar tidak terlalu menonton sebarang video keganasan di media sosial sehingga terpengaruh dan menjadi radikal.

Abdul Hamid sebelum ini telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas dengan terus menahan mereka yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menularkan artikel mengenai kejadian itu yang dianggap boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

Beliau turut mengesahkan suspek tembak mati itu telah terpengaruh dengan klip video keganasan dari Timur Tengah.

Tags: Abdul Hamid Badorfatwakes amuksyahid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fatwa MUI: Haram Hukumnya Beli Produk-Produk Pro Israel!

Fatwa MUI: Haram Hukumnya Beli Produk-Produk Pro Israel!

11/11/2023
0

MAJELIS Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan Fatwa baru iaitu Fatwa No. 83 Tahun 2023 tentang Hukum Menyokong Palestin. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

19/10/2022
0

Gerakan Tanah Air (GTA) mahu mencalonkan Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding di Parlimen Rembau bukan sesuatu yang memeranjatkan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd