• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Siapa Dekati Khazanah Runding Ambil Alih PLUS

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemegang saham terbesar PLUS Malaysia Bhd., Khazanah Nasional Bhd. khuatir dengan laporan-laporan mengenai cadangan ambil alih pengendali lebuh raya itu, kata sumber di syarikat induk cabang pelaburan kerajaan itu.

Sumber memberitahu pihak-pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS tidak mengadakan libat urus secara langsung dengan dana kekayaan berdaulat Malaysia itu.

“Dalam sebarang transaksi perniagaan, seorang pembeli harus mendekati penjual dan membuat tawaran. Sepatutnya tidak ada beza dalam hal ini,” kata sumber yang mahu dirahsiakan.

“Tetapi sehingga hari ini Khazanah tidak dengar secara langsung daripada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS. Mereka sepatutnya mendekati Khazanah secara langsung.”

Tanpa libat urus secara langsung, Khazanah tidak dapat menilai cadangan-cadangan itu, kata sumber.

“Sebagai contoh, berita mengatakan salah sebuah syarikat itu sedang terlibat dalam tindakan undang-undang dengan pemegang bonnya sendiri mungkin boleh mengundang reaksi buruk daripada masyarakat.”

Khazanah dan anak syarikatnya, UEM secara keseluruhannya memegang 51% kepentingan dalam PLUS, manakala 49% lagi milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bulan lepas, Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata Putrajaya belum membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana cadangan yang berkaitan dengan pengambilalihan tol-tol lebuhraya.

FMT gagal mendapatkan komen daripada Baru. FMT juga cuba menghubungi Khazanah dan KWSP.

Pada Julai, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kementerian buat masa itu menolak pengambilalihan PLUS selepas mengambil kira pandangan Khazanah dan KWSP. – FMT

Tags: khazanah nasionalKonsesi Tollebuh rayaPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd