• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kakitangan Dibuang Kerja Apabila UMT, UniSZA Digabung

oleh
28/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiada pemberhentian petugas termasuk berstatus kontrak sekiranya penggabungan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), direalisasikan kelak.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Siti Hamisah Tapsir berkata perkara itu telah pun ditegaskan oleh kerajaan dan kebajikan petugas serta pelajar, sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.

“Tidak ada sesiapa yang akan kehilangan pekerjaan dalam proses ini (penggabungan) dan semua dijamin termasuk pekerja kontrak.

“Jadi ia tidak akan jejaskan langsung jumlah 900 staf akademik di UniSZA, 600 lebih staf akademik di UMT yang secara keseluruhannya lebih 3,000 staf akademik dan bukan akademik di dua universiti itu,” katanya kepada media selepas menghadiri Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi UMT, Halim Mohamad dan Pengerusi Pengerusi UniSZA, Muhammad Nur Manuty.

Bengkel dua hari yang bermula Khamis dihadiri semua pihak pengurusan, serta lembaga pengarah kedua-dua universiti dan dikatakan berjaya memberi gambaran awal mengenai universiti yang akan digabungkan nanti.

“Tujuan bengkel kerja ini adalah untuk mengumpul input, isu, cabaran dan aspirasi dapatan yang inklusif bagi memenuhi keperluan penggabungan kedua-dua universiti tersebut.

“Perkara utama yang telah dibincangkan menyentuh isu tadbir urus universiti baharu, pembangunan dan kebajikan mahasiswa, penyelidikan dan akademik. Dapatan awal perbincangan telah memperlihatkan keupayaan kedua-dua buah universiti dan potensi universiti baharu sebagai sebuah institusi terulung,” katanya.

Tambah beliau, sesi libat urus yang berterusan akan dilaksanakan bagi mendapatkan input yang memenuhi kehendak dan keperluan kecemerlangan pendidikan, penyelidikan serta sumbangan kepada masyarakat.

Tags: TerengganuUMTUniSZa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniSZA Maut Dirempuh Kereta Langgar Lampu Merah

Pelajar UniSZA Maut Dirempuh Kereta Langgar Lampu Merah

05/01/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar wanita Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd